HULU SELANGOR: Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di sini pada 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah setakat ini.
Sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, berkata dia berharap pihak pendakwaan akan memberikan pembelaan dan keadilan terhadap Allahyarham.
"Setakat ini, semua positif dan kita tunggu untuk sebutan kes seterusnya. Keluarga kami akan hadir untuk sebutan pada 30 Ogos ini. Sama-sama kita berdoa untuk Allahyarham," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
Suzursofia yang datang dari Miri, Sarawak bersama dua lagi ahli keluarga Nur Farah Kartini hadir ke mahkamah itu untuk mengikuti prosiding pendakwaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang berhadapan tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.
Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang, lima hari kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Suzursofia Smeth Jaya (kanan) hadir bagi mengikuti perkembangan pendakwaan dalam kes pembunuhan sepupunya, Nur Farah Kartini Abdullah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini. -- Foto Bernama
Polis Sabah nafi roboh rumah balu perwira negara
Polis menafikan rumah balu perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 2013 lalu, dirobohkan pihak berkuasa.
Pantau Agenda Reformasi: Mengupas Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2025-2035
Bersama Prof Dr Fauzilah Salleh, Ketua Kluster Penyelidikan Undang-Undang & Perniagaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka mulai hari ini - TH
TH membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.
Selebriti lelaki miliki ganja dituduh esok
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Pestasi Won: Cecah paras terendah dalam 15 tahun
Won disebut pada 1,449.9 setiap dolar dalam dagangan dalam negeri setakat tengah hari, selepas membuka sesi pada 1,453.0 setiap dolar, 0.96% lebih rendah daripada hari sebelumnya dan paling lemah sejak 16 Mac 2009.
Dasar Trump: Pasaran saham Asia Tenggara tawar ‘perlindungan’ - Penganalisis
Pelan tarif sasaran pilihan presiden AS itu untuk China mungkin akan mempercepatkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan pelaburan langsung asing yang mungkin memihak kepada rantau ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
SKM peruntuk RM580,000 bantu mangsa banjir di beberapa negeri
Kelantan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM200,000 memandangkan negeri itu mempunyai bilangan mangsa paling ramai yang terkesan akibat bencana banjir.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.
Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.