KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.06 mata atau 0.25 peratus kepada 1,619.06 daripada paras penutup 1,623.12 pada Khamis.
Indeks penunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.39 mata kepada 1,622.73 dan bergerak antara paras 1,616.22 dan 1,622.97 sepanjang hari dagangan.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 639 berbanding 532 dengan 513 kaunter tidak berubah, 783 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion daripada 5.39 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau ditutup kebanyakannya tinggi berikutan keyakinan yang semakin meningkat Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.
Nikkei 225 Jepun jatuh 2.45 peratus kepada 41,190.68, Kospi Korea Selatan susut 1.19 peratus kepada 2,857.00, manakala Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.73 peratus kepada 3,500.33 dan Indeks Komposit Shanghai SSE naik 0.03 peratus kepada 2,971.29.
Thong berkata hasil AS turun kepada 4.2 peratus semalaman apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed AS) akan mula menurunkan kadar faedah utamanya tidak lama lagi.
"Di Asia, lebihan perdagangan China melonjak ke paras tertinggi sejak Jun 1990 apabila eksportnya meningkat lebih tinggi daripada jangkaan manakala import mencatatkan penurunan.
"Di bursa tempatan, kami melihat aktiviti pengambilan untung sebagai pembetulan sihat kerana ia membolehkan pasaran mencerna kenaikan baru-baru ini dan menyediakan asas kukuh untuk aliran meningkat yang lebih mampan," katanya.
Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI kelihatan bergelut untuk kekal di paras 1,620, hanya mencapai paras ini semasa sesi dagangan awal hari ini.
Beliau berkata, para pelabur dilihat menimbang semula pegangan mereka berikutan kebimbangan penurunan sektor teknologi permodalan mega di AS malam tadi merupakan penunjuk laporan pendapatan korporat yang akan diumumkan malam ini bermula dengan tiga bank pelaburan terbesar AS termasuk JP Morgan, katanya.
Ini, katanya, telah menyebabkan para pelabur menyimpan keuntungan mereka.
Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM10.04, Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM14.46, Public Bank dan IHH Healthcare jatuh satu sen setiap satu masing-masing kepada RM4.11 dan RM6.33, manakala CIMB naik empat sen kepada RM7.13.
Dalam kalangan kaunter cergas, Nova dan G3 Global tidak berubah masing-masing pada 20 sen dan 3.5 sen, Ekovest naik tiga sen kepada 50.5 sen manakala Berjaya Corporation dan Reneuco meningkat 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 34.5 sen dan 10 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 41.62 mata kepada 12,540.70, Indeks FBMT 100 turun 44.68 mata kepada 12,110.62, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 48.49 mata kepada 12,915.20 dan Indeks FBM 70 jatuh 121.13 mata kepada 18,673.19.
Bagaimanapun, Indeks FBM ACE naik 39.22 mata kepada 5,981.21.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 6.03 mata kepada 17,800.11, Indeks Tenaga naik 0.19 mata kepada 984.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.07 mata kepada 200.96 manakala Indeks Perladangan turun 10.46 mata kepada 6,943.71.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.75 bilion unit bernilai RM3.31 bilion daripada 3.0 bilion unit bernilai RM3.85 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran jatuh kepada 897.40 juta unit bernilai RM119.60 juta daripada 1.15 bilion unit bernilai RM144.65 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 934.89 juta saham bernilai RM293.71 juta daripada 1.23 bilion saham bernilai RM413.44 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 436.52 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (591.20 juta); pembinaan (366.93 juta); teknologi (214.02 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (103.22 juta); hartanah (355.48 juta); perladangan (52.34 juta); REITs (12.34 juta); dana tertutup (12,000); tenaga (276.68 juta); penjagaan kesihatan (68.81 juta); telekomunikasi dan media (97.53 juta); pengangkutan dan logistik (97.29 juta); utiliti (78.11 juta); dan amanah perniagaan (171,700).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Indeks penunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.39 mata kepada 1,622.73 dan bergerak antara paras 1,616.22 dan 1,622.97 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.