KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 10.76 mata atau 0.67 peratus kepada 1,629.82 daripada 1,619.06 semasa ditutup pada Jumaat.
Indeks utama dibuka meningkat 0.80 mata kepada 1,619.86 dan bergerak antara 1,619.19 dan 1,632.69 sepanjang dagangan.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 738 berbanding 491, dengan 480 kaunter tidak berubah, 757 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, prospek ekuiti Malaysia kekal optimis dengan peningkatan jumlah dagangan harian, memperlihatkan minat pasaran yang tinggi, dan meramalkan indeks utama itu akan berada dalam jajaran 1,615-1,635 bagi minggu ini.
Sementara itu, indeks serantau utama ditutup bercampur-campur dengan aktiviti pengambilan untung dilihat dilaksanakan di negara tertentu dalam keadaan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS) selepas kejadian serangan terhadap bekas Presiden AS Donald Trump.
"Selain itu, mesyuarat melibatkan pegawai tinggi China akan dipantau dengan teliti untuk mendapatkan lebih banyak isyarat mengenai rangsangan ekonomi," kata Thong.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank naik 10 sen kepada RM10.14, TNB dan Public Bank masing-masing menambah dua sen kepada RM14.48 dan RM4.13, CIMB menokok lima sen kepada RM7.18, Press Metal meningkat lapan sen kepada RM6.03 manakala Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM6.06.
Antara kaunter aktif, Ekovest naik satu sen kepada 51.5 sen, Jati Tinggi meningkat 3.5 sen kepada 70 sen, JAKS naik setengah sen kepada 17.5 sen. Aimflex tidak berubah pada 20.5 sen manakala Velesto susut 2.5 sen kepada 23 sen dan UUE Holdings berkurangan 8.5 sen kepada 84 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 92.11 mata kepada 12,632.81,Indeks FBMT 100 menambah 90.66 mata kepada 12,201.28, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 95.38 mata kepada 13,010.58,Indeks FBM 70 naik 176.75 mata kepada 18,849.94, dan Indeks FBM ACE FBM meraih 41.52 mata kepada 6,022.73.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 140.16 mata kepada 17,940.27,Indeks Perladangan meningkat 19.92 mata kepada 6,963.63, Indeks Tenaga susut 13.45 mata kepada 971.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.70 mata kepada 201.66.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.07 bilion unit bernilai RM3.36 bilion daripada 2.75 bilion unit bernilai RM3.31 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 1.25 bilion unit bernilai RM166.71 juta daripada 897.40 juta unit bernilai RM119.60 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 1.04 bilion saham bernilai RM424.76 juta berbanding 934.89 juta saham bernilai RM293.71 juta pada Jumaat lepas.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 416.39 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (565.61 juta); pembinaan (563.88 juta); teknologi (221.23 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (107.96 juta); hartanah (337.02 juta); perladangan (33.70 juta); REIT (18.21 juta); dana tertutup (86,100); tenaga (543.44 juta); penjagaan kesihatan (77.72 juta); telekomunikasi dan media (74.81 juta); pengangkutan dan logistik (45.43 juta); utiliti (63.14 juta); dan amanah perniagaan (428,000).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 10.76 mata atau 0.67 peratus kepada 1,629.82 daripada 1,619.06 semasa ditutup pada Jumaat. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.