KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu walaupun prestasi positif semalaman Wall Street di sebalik kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) bahawa mengekalkan kadar faedah tinggi terlalu lama akan merugikan ekonomi AS.
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.71 mata kepada 1,613.71.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 155 berbanding 129 dengan 315 kaunter tidak berubah, 1,821 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 114.74 juta unit bernilai RM51.09 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata peniaga akan memantau indeks harga pengguna AS akan datang dan data indeks harga pengeluar minggu ini untuk memahami hala tuju Fed AS.
Di pasaran komoditi, minyak Brent mentah berada di bawah US$85 dalam persekitaran kebimbangan permintaan walaupun inventori minyak merosot minggu lepas manakala minyak sawit mentah merosot selama lima hari berturut-turut dan didagangkan di bawah RM4,000, katanya.
"Kebanyakan sektor berada dalam aliran meningkat kecuali sektor perladangan, pengguna dan telekomunikasi.
"Justeru, kami berpendapat bahawa pelabur mungkin memantau pemangkin pusat data dan pengumuman akan datang mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura," kata firma penyelidikan itu.
Pemangkin berkenaan akan meningkatkan minat untuk lebih banyak pendedahan dalam saham pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti.
"Selain itu, kami menyukai trend yang semakin pulih dalam kalangan saham sarung tangan yang mungkin merosot sepanjang tahun lepas," katanya.
Saham wajaran tinggi Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing jatuh dua sen dan lapan sen kepada RM10.04 dan RM14.30 manakala CIMB menokok satu sen kepada RM6.98, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM4.11 dan RM6.30.
Bagi kaunter paling aktif, Aimflex, Dataprep dan K-One Technology naik 0.5 sen masing-masing kepada 20.5 sen, 21.5 sen dan 33 sen, Cabnet melonjak 5.5 sen kepada 64.5 sen dan Minox menambah satu sen kepada 27 sen.
Johor Plantations Group Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia turun 0.5 sen kepada 89.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.15 mata kepada 12,474.03, Indeks FBMT 100 meningkat 0.90 mata kepada 12,046.83, Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.14 mata kepada 12,832.27, Indeks FBM 70 menambah 7.26 mata kepada 18,471.36 dan Indeks FBM ACE menambah 19.03 mata kepada 5,969.29.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 9.09 mata kepada 17,700.68 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.03 mata kepada 200.12.
Indeks Tenaga menambah 0.21 mata kepada 984.78 dan Indeks Perladangan naik 4.46 mata kepada 6,936.58.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam. -Gambar fail/Bernama
Budaya membaca rakyat Malaysia semakin meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
[TERKINI] GISB: MAIS mulakan proses pulih akidah 261 kanak-kanak
MAIS telah mula melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap 261 kanak-kanak ahli kumpulan GISB sejak 1 Oktober lepas dengan menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh majlis agama.
Israel paksi kejahatan
Bersama Luqman Hariz di Dewan Internation Istitute of Advanced Islamic Studies (IAIS).
Penat sebelas kali rumah dilanda banjir
Bukan sekali, tetapi sebelas kali.
Itu antara luahan mangsa banjir di Kampung Padang Halban, Changlun, selepas penat terpaksa ulang alik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Laka sering dimasuki air.
Itu antara luahan mangsa banjir di Kampung Padang Halban, Changlun, selepas penat terpaksa ulang alik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Laka sering dimasuki air.
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam Spider baru-baru ini yang mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Malaysia Techlympics pupuk minat STEM - Chang
Penganjuran Malaysia Techlympics menjadi antara kaedah dalam memupuk minat murid dan pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
AWANI Borneo [07/10/2024] – Amaran METMalaysia | Jangan ulangi kesilapan | Kelestarian alam sekitar
Tumpuan Awani Borneo 7 Oktober 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. METMalaysia keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
2. Jangan berlengah! projek infrastruktur RM40 bilion di Sabah perlu disegera.
3. Sarawak sasar Delta Geopark diiktiraf tapak Geopark Global UNESCO
1. METMalaysia keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
2. Jangan berlengah! projek infrastruktur RM40 bilion di Sabah perlu disegera.
3. Sarawak sasar Delta Geopark diiktiraf tapak Geopark Global UNESCO
Malaysia perlu pamer keupayaan sebagai sebuah negara berbilang kaum untuk maju - PM Anwar
Malaysia perlu mempamerkan keupayaannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama untuk berkembang maju menerusi tadbir urus yang baik dan toleransi, kata Perdana Menteri.
Bekas Mufti nasihat jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah
Zulkifli berkata setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu.
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.