KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman yang negatif.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.71 mata kepada 1,632.83 daripada 1,633.54 pada Rabu.
Indeks dibuka tinggi 0.16 mata kepada 1,633.70.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 373 berbanding 143, dengan 337 kaunter tidak berubah, 1,595 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 313.28 juta unit bernilai RM179.43 juta.
Wall Street ditutup bercampur-campur pada Rabu berikutan saham teknologi tidak stabil disebabkan langkah terbaharu oleh Amerika Syarikat (AS) untuk mengekang eksport cip ke China selain permintaan bekas Presiden AS Donald Trump untuk wang perlindungan daripada Taiwan.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata walaupun firma broker menjangka momentum kenaikan akan terus dicatatkan hari ini, belian mungkin rendah disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat antara AS dan China.
"Bagaimanapun, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,630-1,640 hari ini.
"Sementara itu, harga minyak mentah meningkat dengan minyak mentah Brent melepasi US$85 setong berikutan inventori yang rendah disebabkan pengeluaran stok yang tinggi sepanjang dua minggu lepas," katanya.
Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.12 dan RM4.21, CIMB menambah satu sen kepada RM7.15, Hong Leong Bank naik 10 sen kepada RM19.14, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.35, Tenaga Nasional merosot enam sen kepada RM14.44 dan Press Metal susut 18 sen kepada RM5.81.
Dalam kalangan kaunter paling aktif, Hubline dan Ekovest, masing-masing naik setengah sen kepada 8.5 sen dan 56 sen, Fajarbaru meningkat 1.5 sen kepada 55.5 sen dan WCT tidak berubah pada RM1.23.
Sementara itu, MYEG berkurangan dua sen kepada RM1.03 serta Aimflex dan Metronic Global, masing-masing susut setengah sen kepada 20 sen dan dua sen.
Di peringkat indeks, Indeks FBM Emas merosot 31.52 mata kepada 12,646.89, Indeks FBMT 100 susut 26.70 mata kepada 12,218.96, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 66.30 mata kepada 13,020.62, Indeks FBM 70 jatuh 119.14 mata kepada 18,859.65 dan Indeks FBM ACE susut 8.69 mata kepada 5,993.53.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 56.63 mata kepada 17,991.80, Indeks Tenaga menambah 0.13 mata kepada 972.51, Indeks Perladangan susut 9.55 mata kepada 7,065.16 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.42 mata kepada 199.37.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.71 mata kepada 1,632.83 daripada 1,633.54 pada Rabu.
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
Saya tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media menutup ruangan komen di akaun media sosial.
Hang-seo sesuai ganti Pan-gon
Park Hang-seo dilihat sebagai calon tepat yang memiliki aura selain telah membuktikan kemampuan membawa bekas pasukannya ke tahap yang lebih baik.
Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much' - Speaker
"Saya duduk di sini bukan sebagai Johari Abdul tetapi sebagai Speaker," kata Speaker Dewan Rakyat.
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
'Bila duduk kerusi Speaker sana kena buka baju Politik' - YB Beluran
Ketika kemuka Peraturan Mesyuarat sebelum usul dibentang, YB Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee minta Speaker Dewan Rakyat nilai teliti.
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
Tercampak 3 meter ke dalam parit dipukul ribut
Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam parit sedalam tiga meter akibat dipukul ribut dalam kejadian di kawasan rekreasi Pantai Pulau Kekabu, di sini petang Rabu.
Menangi baucar beli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata, jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.