MARANG: Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam parit sedalam tiga meter akibat dipukul ribut dalam kejadian di kawasan rekreasi Pantai Pulau Kekabu, di sini petang Rabu.
Mohd Radzuan Tawang, 40, berkata, insiden sekitar jam 4 petang itu berlaku sekelip mata menyebabkan dia mengalami kecederaan kecil pada bahagian badan.
"Waktu angin tiba-tiba datang saya segera berlari untuk menyelamatkan diri dengan berlindung di sebalik van, malangnya angin yang terlalu kuat menolak badan saya sehingga terjatuh ke dalam parit.
"Waktu tu saya hanya mampu berdoa dan berserah segalanya kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada bahaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Khamis.
Kejadian ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan lebih 10 penjaja kecil terjejas apabila kanopi dan gerai perniagaan mereka diterbangkan angin selain kira-kira 20 pokok ru tumbang.
Rata-rata mereka terpaksa menanggung kerugian antara RM2,800 hingga RM3,000 seorang kerana khemah dan barangan jualan musnah.
Menurut seorang lagi peniaga, Norimah Mohamad Daud, 54, kejadian itu amat menakutkan walaupun berlaku dalam tempoh 15 minit.
"Banyak pokok ru yang tumbang dan saya pun cedera sedikit di bahagian kaki kerana terkena pelepah kelapa yang jatuh dibadai ribut.
"Paling cemas apabila saya ternampak ada ular diterbangkan angin dari pelepah kelapa sebelum terjatuh dan berlingkar di tayar kereta. Waktu tu segera berlari ke belakang kenderaan lain untuk menyelamatkan diri," ujarnya.
Menurut Norimah, insiden ribut yang berlaku itu adalah kejadian terburuk sepanjang 10 tahun mereka berniaga di situ.
Sementara itu, Mohd Hanif Jaafar, 36, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila gerainya turut musnah dilanda ribut.
Katanya, dia kini buntu mahu memulakan kembali perniagaan kerana semua khemah dan peralatan jualan telah rosak.
"Kami berharap pihak bertanggungjawab dapat menyediakan premis jualan kekal seperti kiosk di pantai pelancongan yang lain agar kejadian ribut ini tidak menjejaskan lagi perniagaan kami pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, katanya walaupun sudah lali dengan angin kuat dan hujan lebat, ribut yang berlaku itu adalah di luar jangkaan.
"Beberapa minit sebelum kejadian, memang hujan agak lebat namun keadaan kembali reda dan cerah seperti biasa sebab hujan sudah berhenti.
"Dalam sekelip mata langit tiba-tiba bertukar gelap disusuli ribut dengan angin yang terlalu kuat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 18 2024

Keadaan di lokasi perniagaan sebaik dilanda ribut pada petang Rabu.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.

479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.

PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.

30 rumah rosak akibat ribut di Semporna
Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.

Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.

Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.

Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.