KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif apabila meningkat semula dan menjejaki prestasi semalaman Wall Street, di tengah-tengah spekulasi pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) bakal mengakhiri kitaran dasar monetarinya yang ketat.
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 4.02 mata kepada 1,629.98.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 252 berbanding 115 dengan 308 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,773 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 177.49 juta unit bernilai RM79.09 juta.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan indeks utama bergerak dalam aliran julat 1,625 hingga 1,635 hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang kukuh serta kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
"Wall Street mengakhiri dagangan lebih tinggi, disokong oleh pembelian ketara yang mendorong indeks Purata Perindustrian Dow Jones ke paras tertinggi.
"Pada masa sama, peniaga masih berharap pihak Fed akan mengurangkan kadar faedah utama itu pada September ini, disokong oleh data jualan runcit Jun yang lebih baik daripada jangkaan awal yang menunjukkan penurunan sederhana ekonomi AS," katanya.
Selain itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik empat sen kepada RM10.14, TNB meraih dua sen kepada RM14.48 manakala Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare masing-masing naik tiga sen kepada RM4.16, RM7.18 dan RM6.38.
Press Metal dan Hong Leong Bank sebaliknya kekal tidak berubah pada RM5.98 dan RM19.10.
Bagi kaunter paling aktif, Censof naik dua sen kepada 40.5 sen manakala Malayan United menokok separuh sen kepada sembilan sen, Nova MSC dan Computer Forms naik setengah sen kepada 19.5 sen dan 17.5 sen, Aimflex kekal pada 20 sen dan Kanger International turun setengah sen kepada 5.5 sen.
Prestasi indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 40.14 mata kepada 12,640.87, Indeks FBMT 100 menokok 38.62 mata kepada 12,211.75, Indeks FBM Emas Shariah meraih 42.35 mata kepada 13,014.94, Indeks FBM 70 meningkat 45.70 mata kepada 18,854.92 manakala Indeks FBM ACE menambah 5.46 mata kepada 5,968.54.
Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 53.78 mata kepada 17,954.84, Indeks Perladangan naik 1.26 mata kepada 6,983.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata kepada 200.54 namun Indeks Tenaga turun 0.86 mata kepada 975.34.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.