KUALA LUMPUR:AirAsia X Bhd telah tampil dengan pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi kembali di tengah-tengah sekatan perjalanan global yang berpunca daripada pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berkata AirAsia X dan banyak syarikat penerbangan lain sedang bergelut dalam tempoh pandemik ini.
"Ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi mana-mana syarikat penerbangan sehingga kami membatalkan kesemua jadual penerbangan, melaksanakan pemotongan gaji dan pemberhentian pekerja buat kali pertama dalam sejarah.
"Bagaimanapun, kami tetap komited kepada tetamu kami, Allstars, rakan niaga dan pemegang berkepentingan bagi memastikan kami dapat membina syarikat penerbangan jarak jauh yang berdaya maju serta mampan.
"Demi kelangsungan hidup syarikat penerbangan ini, pelan penstrukturan semula yang dicadangkan adalah satu-satunya pilihan yang ada," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Langkah yang sama mungkin dikekalkan semasa proses penstrukturan semula, tetapi tumpuan sebenar adalah untuk mengekalkan seberapa banyak pekerjaan yang mungkin.
"Kami mempunyai asas kos yang rendah, kami berada di bahagian pasaran yang bersesuaian dan banyak pasaran utama kami berada di zon hijau yang berkemungkinan akan dibuka semula terlebih dahulu.
"Kami mempunyai strategi pemulihan yang mantap, dan dengan sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan kami, kami akan mengatasi semua cabaran dan menjadi lebih kukuh," kata Benyamin.
Syarikat penerbangan tambang rendah untuk jarak jauh itu, yang merupakan syarikat sekutu kepada AirAsia Group Bhd, berkata langkah penstrukturan semula itu akan merangkumi pelantikan Datuk Lim Kian Onn sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengetuai inisiatif penstrukturan semula dan memudahkan suntikan ekuiti yang baharu.
Lim, seorang akauntan bertauliah, merupakan seorang jurubank pelaburan sebelum beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah AirAsia X pada 2012.
AirAsia X, yang menanggung kerugian bersih sebanyak RM650.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019, mencatatkan kerugian belum diaudit berjumlah RM854.94 juta pada separuh pertama tahun ini.
Ia menghadapi kekangan mudah tunai yang agak teruk dan keingkaran terhadap beberapa komitmen kontrak berpotensi untuk pembubaran syarikat penerbangan itu.
"Penstrukturan semula hutang dan rundingan semula obligasi kewangannya adalah prasyarat bagi sebarang penjanaan ekuiti baharu yang diperlukan untuk memulakan semula syarikat penerbangan itu," katanya.
Cadangan pelan penstrukturan semula, jika diluluskan, akan menjamin kelangsungan AirAsia X.
"Pelan penstrukturan semula yang dicadangkan termasuk pengwujudan kontrak baharu, perjanjian dan/atau pengaturan baharu bertujuan untuk menyesuaikan saiz operasi dan obligasi kewangan kumpulan, yang amat penting kepada kewujudan berterusan kumpulan dalam landskap penerbangan," katanya.
Ia telah mengadakan perbincangan dengan semua pemiutang utama sejak dua bulan lepas dan mereka memberikan sokongan padu untuk kesinambungan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
Selama 13 tahun, AirAsia X telah menyampaikan perjalanan penerbangan yang berpatutan dan mewujudkan pekerjaan dalam sektor penerbangan, pelancongan serta industri yang berkaitan, dan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020

Selama 13 tahun, AirAsia X telah menyampaikan perjalanan penerbangan yang berpatutan dan mewujudkan pekerjaan dalam sektor penerbangan, pelancongan serta industri berkaitan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.