Syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbaik dunia, AirAsia berada di landasan tepat ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.
Hasrat ini mampu direalisasikan melalui pelan syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan pengalaman penerbangan udara melalui pendigitalan, menjadikan Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi di sini sebagai model lapangan terbang buat masa depan untuk LCC.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, syarikatnya sudah mengambil beberapa langkah proaktif dalam menyediakan penumpang pengalaman pra-penerbangan, perjalanan dan pendaratan lebih efisyen dan lebih lancar.
“Pemindahan operasi kami ke Terminal 4 di Changi adalah satu langkah ke arah menjadi syarikat penerbangan digital. Hasrat kami adalah memudahkan perjalanan udara penumpang kami.
“Kami bekerjasama dengan Changi Airport Group (CAG), memanfaatkan sistem Fast and Seamless Travel (FAST) untuk kami beralih ke arah pendigitalan lapangan terbang kami.
"Peningkatan penjimatan dan kecekapan yang diperoleh dari sistem FAST sejajar dengan usaha kami untuk mengekalkan struktur kos terendah serta visi kami untuk perjalanan lancar, yang bermaksud tambang yang lebih rendah untuk tetamu kami dan jumlah penerbangan akan bertambah di Changi," kata Fernandes ketika ditemui media Malaysia selepas mengumumkan pelan pendigitalan syarikat penerbangan itu di T4 Changi pada Khamis.
Tambahnya, AirAsia memanfaatkan daripada kemodenan T4 apabila CAG memahami bagaimana LCC berfungsi.
"Mereka memahami nilai yang dibawa oleh syarikat penerbangan kos rendah kepada lapangan terbang tersebut dan ekonomi secara keseluruhan.
"Sistem FAST amat pantas dan ia merupakan sistem buat masa depan. Kami amat teruja untuk bekerja dengan pengendali lapangan terbang bertaraf dunia seperti CAG yang memahami keperluan pendigitalan untuk tingkatkan lagi pengalaman di lapangan terbang," katanya.
AirAsia mengalihkan operasinya di Singapura ke Changi T4 dari Terminal 1 pada 7 November 2017.
Terminal serba canggih dengan sistem automatik sepenuhnya itu menampilkan kiosk daftar masuk automatik dimana pelawat boleh mendapatkan tempahan penerbangan, mencetak pas masuk dan mendaftarkan bagasi.
Ia juga memaparkan pemunggahan bagasi, pelepasan Imigresen dan kemasukan ke pintu masuk secara automatik, kesemuanya disokong oleh teknologi pengecaman wajah, tanpa memerlukan kakitangan untuk mengendali kaunter secara fizikal.
Sementara itu AirAsia juga akan bekerjasama dengan Palantir, sebuah syarikat perisian dari Amerika Syarikat, untuk membangunkan satu sistem kemasukan selamat untuk mempercepatkan proses imigresen merentasi lapangan-lapangan terbang di ASEAN.
Syarikat itu juga mahu meningkatkan proses operasi, keselamatan dan perniagaan dalam kumpulan dengan menggabungkan data dari pelbagai sumber menggunakan platform data Skywise oleh Airbus.
Malik Ridhwan
Fri Nov 17 2017

Tony membentangkan pelan pendigitalan AirAsia di T4 Changi, Singapura pada Khamis. - Astro AWANI / Malik Ridhwan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.