ROKOK membahayakan kesihatan dengan ia menyebabkan penyakit jantung, emfisema dan kanser.

Kajian terkini daripada University College London kini mengatakan setiap kali sebatang rokok dihisap, ie memendekkan purata jangka hayat sebanyak 20 minit.

Oleh itu sekotak 20 batang rokok memendekkan hayat penghisapnya hampir 7 jam.

Mengikut jantina pula, sebatang rokok memendekkan jangka hayat lelaki sebanyak 22 minit dan wanita pula sebanyak 17 minit.

Ini adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Bristol pada tahun 2000.

Sekiranya seorang perokok berhenti pada 1 Januari depan, mereka akan memanjangkan jangka hayat sebanyak 50 hari di penghujung tahun.

Kajian dilakukan dengan mengambil data yang dikumpul sejak 1951 untuk lelaki dan 1996 untuk wanita.

Pada tahun 2023, menghisap rokok menyebabkan 27,000 kematian di Malaysia menurut laporan WHO.

Dianggarkan 19% penduduk Malaysia merokok pada tahun 2023 dan ini adalah lebih rendah berbanding 21.3% pada tahun 2011.

Sumber: Department of Health