"Ini juga adalah satu cabaran kepada 'orang muda' kerana di usia sebegini, saya berjaya melakukan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung," kata Wan Hashim Wan Mahmood, 74.
Pengayuh basikal solo warga emas itu selamat tiba di rumahnya selepas menamatkan misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,318 kilometer (km) selama 23 hari.
Memulakan kayuhan pada 8 Ogos lepas, beliau tiba di rumahnya di Telipot, di sini hari ini dengan disambut oleh ahli keluarga serta wakil RedOne, Daniel Leoh dan wakil Malaysia Book of Records (MBOR), Wan Taqwa Wan Nazi.
Dengan kejayaan itu, Wan Hashim yang dikenali sebagai 'Pak Wan' dinobatkan dalam MBOR sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak enam kali.
Mengulas mengenai kayuhan kali ini, Wan Hashim berkata cabaran paling getir yang dilaluinya adalah ketika mendaki Lebuh Raya Timur-Barat menerusi Banjaran Titiwangsa dalam masa sehari selama kira-kira 11 jam yang sebelum ini dilakukan dalam masa dua hari.
"Alhamdulillah ...hasilnya dengan semangat yang ada saya berjaya di puncak dengan kayuhan (jarak) sejauh 80 kilometer (dari Gerik ke puncak banjaran)," katanya ketika ditemui pemberita.
Jelasnya, sebelum memulakan misi solo tersebut beliau menghadapi sedikit halangan daripada keluarga susulan negara masih dibelenggu pandemik COVID-19 dan juga faktor kesihatan dirinya.
"Sebelum melakukan misi ini, saya sudah pun memikirkan daripada pelbagai faktor termasuk umur dan tahap kesihatan. Saya tahu cabarannya amat besar tetapi saya tetap cekalkan hati dan menguatkan semangat sehinggalah misi tercapai," katanya yang turut menasihatkan golongan muda supaya mendalami apa erti kemerdekaan dan membina negara dengan kebolehan masing-masing.
Mengimbas kayuhan sebelum ini, Wan Hashim berkata beliau pernah berkayuh selama 11 hari ke Kuala Lumpur pada usia 14 tahun untuk menyaksikan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kata-kata keramat 'Merdeka' di Stadium Merdeka ketika sambutan Hari Kebangsaan pada 1960.
Ia sekali gus menjadi pembakar semangat padanya untuk misi seterusnya iaitu kembali ke stadium tersebut suatu hari nanti dengan berbasikal sebagai bukti cintanya kepada negara yang tidak berbelah bahagi.
Wan Hashim mencipta rekod MBOR kali pertama pada 2014 sebagai lelaki tertua di negara ini berjaya membuat kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,200 kilometer (km).
Beliau turut mencatatkan nama dalam MBOR pada 2015 dan 2017, serta dua tahun lepas bagi jarak paling jauh 5,319 km bagi kayuhan basikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 31 2020
![Misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 Pak Wan dicatat dalam MBOR Misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 Pak Wan dicatat dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81598864180_kayuhansolo.jpg)
Wan Hashim yang dikenali sebagai 'Pak Wan' (tengah) dinobatkan dalam MBOR sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak enam kali. - Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734155559_TBZiiJia.jpg)
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
![KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733572487_HannahYeohthRo.jpg)
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
![Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730005034_TBMenaraCondong.jpg)
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
![Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729837073_KibarbenderaChina.jpg)
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
![Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726477116_PerhimpunanSriAma.jpg)
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
![Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725172009_TBBudapestjpg.jpg)
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
![Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725093171_sambutananakMerdek.jpg)
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
![Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725089566_TBHariKebangsaan.jpg)
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
![Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725086481_AlSultanAbdullah.jpg)
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
![Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725082331_harikebangsaan.jpg)
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).