Lego Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baharu yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.
Pengurus Pemasaran Kanan Lego Malaysia Jacob Leighton Rennison berkata ia menjadi detik bersejarah bagi syarikat itu yang belum pernah menghasilkan sesuatu binaan yang khusus berkaitan Malaysia sebelum ini.
"Perkara ini tidak selalu berlaku dalam sejarah Lego dan kami di Lego Malaysia berasa bangga kerana berjaya menyiapkannya," katanya selepas pelancaran kempen #BuildAmazingMY Lego Malaysia di Pavilion KL, hari ini.
Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, akan dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai 27 Mei hingga 17 Jun menerusi pembelian produk Lego bernilai RM300 di kedai Toys ''R'' Us terpilih dan kedai Lego yang diperakui.
Sebelum itu, beliau berkata kempen itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti membuat binaan menerusi acara ''Cities of Wonder'' dari 25 Mei hingga 4 Jun di samping pertandingan ''My Own Creation Facebook'' yang berlangsung dari 22 Mei 16 Jun.
"Kami adalah syarikat pertama di Asia yang melancarkan 'Cities of Wonders' dan saya difahamkan negara lain di Asia akan turut mengambil langkah serupa dengan mewujudkan binaan mini budaya mereka," katanya.
Beliau berkata bersempena sambutan Hari Raya, syarikat itu akan bergandingan dengan Pavilion KL untuk menganjurkan binaan mozek Lego terbesar dan mencatatkan rekod baharu Malaysia bagi mozek Lego terbesar di negara ini.
"Projek hebat ini akan dijayakan oleh peminat yang begitu bersemangat daripada komuniti Lego dalam tempoh dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 Jun dan 16 hingga 18 Jun," katanya.
Beliau berharap lebih banyak pihak, terutamanya ibu bapa dan anak-anak, akan hadir untuk menyertai mereka dalam acara itu.
Maklumat lanjut berkaitan kempen itu dan cara untuk menyertainya boleh diikuti menerusi Facebook Lego Malaysia di www.facebook.com/LEGOMalaysia.official dan hashtags #BuildAmazingMY #LEGOMY.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2017
Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, akan dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai 27 Mei hingga 17 Jun. - Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Lego Malaysia perkenal binaan mini paparkan budaya Malaysia
LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baharu yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.