ZINEDINE Zidane terus menimbulkan pertanyaan ramai pihak selepas melontarkan komen terbaru mengenai masa depannya bersama Real Madrid menjelang pertembungan getir LaLiga dengan Sevilla.
Anak buahnya menguasai tangga kedua dalam usaha mereka mempertahankan gelaran domestik itu.
Begitupun, spekulasi kedudukannya di Santiago Bernabeu tidak pernah sunyi, apatah lagi Zidane tidak menjauhkan diri apabila dikaitkan dengan bekas kelabnya, Juventus, pada awal musim depan.
Pengurus dari Perancis itu diasak lagi dengan soalan mengenai rancangan masa depannya malam tadi dan dia menjawab: "Saya akan memudahkan urusan kelab ini kerana mereka telah memberikan segalanya kepada saya.
"Tetapi tema kami adalah Sevilla, itu saja. Sevilla dan apa jua yang tersisa dalam LaLiga."
Madrid akan menghadapi seteru di tempat keempat itu pada awal pagi esok selepas pendahulu, Atletico Madrid, dan Barcelona seri tanpa jaringan dalam perhitungan malam tadi.
Los Blancos, yang ketinggalan dua mata, berkelayakan untuk merampas puncak liga sambil kempen berbaki tiga perlawanan.
Madrid memenangi empat pertemuan terakhir LaLiga selain belum tumbang dalam 11 kunjungan ke Sevilla dengan rata-rata menjaringkan 3.4 gol per perlawanan.
Dalam masa sama, pelawat cuba memadam keperitan disingkirkan Chelsea dalam Liga Juara-Juara (UCL), Khamis lalu.
"Kami sedar apa yang kami perjuangkan, ia perlawanan separuh akhir," katanya lagi.
"Sekarang kami harus lupakan UCL dan fokus kepada perjuangan yang ada."
Madrid sekali lagi akan beraksi tanpa ketua pasukan, Sergio Ramos, yang mengalami kecederaan hamstring -- masalah ketiganya musim ini.
Ramos terlepas tiga perlawanan terakhir di Madrid ketika berdepan empat pasukan teratas musim ini dan mereka belum kecundang dalam lima perlawanan getir itu dengan memenangi empat daripadanya.
Zidane mengulas mengenai krisis kecederaan pasukannya: "Ia merupakan satu kebimbangan kerana ada banyak kes. Kami pasukan paling terjejas. Sudah tentu saya bimbang.
"Ini disebabkan peristiwa tertentu yang mendorong pemain tidak dapat berehat, COVID-19, kalendar padat. Itu saja.
"Saya berharap pada tahun depan ia akan berubah dan menjadi lebih normal, dengan pra-musim yang normal."
Zidane akan kembali memanggil Eden Hazard selepas pemain sayap itu meminta maaf kerana bergurau senda dengan bekas rakan sepasukannya di Chelsea susulan kekalahan minggu ini.
Hazard hanya menyumbangkan tiga gol dalam 27 penampilan LaLiga dalam dua musim terakhir malah ketandusan gol sejak Januari lalu.
Dia hanya mencipta 26 peluang untuk empat bantuan jaringan.
"Eden telah meminta maaf dan melakukannya dengan baik. Dia tidak bermaksud menyakiti sesiapa pun, itu paling penting," katanya.
"Tidak ada apa-apa lagi untuk diulas, dia sudah pun meminta maaf, kami telah berbincang dan tidak ada lagi yang boleh diperkatakan.
"Dia akan membantu kami. Setakat ini anda belum melihat prestasi sebenarnya. Saya harap kita dapat melihat Hazard yang sejati tidak lama lagi. Kontraknya dengan Madrid masih panjang."
Astro Arena
Sun May 09 2021
Spekulasi kedudukannya di Santiago Bernabeu tidak pernah sunyi, apatah lagi Zidane (gambar) tidak menjauhkan diri apabila dikaitkan dengan bekas kelabnya, Juventus, pada awal musim depan.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.