Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pemangku Sultan Johor menerusi laman X selepas mengadakan pertemuan penting dua figura besar dalam arena bola sepak Asia Tenggara.
Terdahulu, memuji kepimpinan Erick Thohir dalam memacu sebuah organisasi bola sepak sehingga berjaya membawa kepada perubahan yang ketara.
Lebih menarik, pemilik Persib Bandung, Glenn Sugita -- yang kini menghuni tangga ketiga Liga utama Indonesia serta wakil dari Valencia (sebuah kelab terkemuka di Sepanyol), Peter Lim, turut menyertai pertemuan tersebut.
"Kami membincangkan tentang bola sepak dan rancangan masa depan yang positif yang bakal mengubah permainan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, juga terlibat bagi membincangkan hala tuju bola sepak ASEAN. -- Stadium Astro