PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada Selasa.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, TMJ menekankan bahawa skuad Harimau Selatan tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pemilik JDT itu juga sedang mengenal pasti punca kepada keciciran mata berharga tersebut selain mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk diperbaiki pada masa akan datang.

"Nasib baik tidak kalah. Terima kasih tak terhingga atas sokongan semua," katanya. - Stadium Astro