Lesen bertempoh 30 tahun itu berkuatkuasa mulai 5 Feb lepas dengan yuran tahunan sebanyak RM300,000.
Lesen tersebut akan memberikan hak-hak seperti perancangan, pembinaan, pemasangan, penggunaan, pengendalian selain menyelenggara sistem fotovoltan solar (PV) untuk penjanaan tenaga solar dalam kawasan seluas 3,000 ekar di daerah Salak , Kuching.
"Ini juga meliputi penghantaran serta pengedaran tenaga elektrik termasuk talian, menara dan pencawang kepada pengguna bukan domestik di bawah lesen berkenaan," katanya lagi.
"Ia turut merangkumi pemasangan loji tenaga 300 megawatt, sistem modul solar PV, unit berasaskan penyongsang, pencawang pengubah dan kerja-kerja elektrik untuk menjana serta membekalkan tenaga solar kepada pengguna bukan domestik di kawasan yang dijadualkan," katanya.
-- BERNAMA