KUALA LUMPUR: Pemain yang dipilih bagi menggantikan pemain perseorangan lelaki meningkat naik Justin Hoh dalam skuad Sukan SEA 2023 harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan terlebih dahulu sebelum memilih pemain yang akan mengambil tempat Justin, yang kini mengalami kecederaan achilles tendon.
"Kita dalam proses mengenal pasti pemain (dan) akan umum keputusan dalam satu atau dua hari (lagi). Biar kita buat analisis yang cukup dan perbincangan yang terperinci dengan para jurulatih selepas menilai persembahan dalam latihan dan keputusan terdekat ini, baru kita cadangkan siapa.
"Pemain yang dipilih perlulah bersedia untuk ambil cabaran ini. Sasaran bukan hanya daripada jurulatih tetapi juga kedua-dua belah pihak. Pemain juga harus faham (tanggungjawab) apabila peluang tiba," katanya pada sidang media di ABM, di sini pada Rabu.
Justin, 19, terpaksa diketepikan daripada skuad Sukan SEA kerana perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan achilles tendon ketika latihan pada dua hari lepas.
Sukan SEA 2023 dijadual bermula 5 hingga 17 Mei ini di Phnom Penh, Kemboja.
Bulan lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Justin bersama Leong Jun Hao dan Ong Ken Yen dipilih untuk membawa cabaran negara ke temasya dwitahunan itu.
Sementara itu, Pengarah Prestasi Tinggi ABM Dr Tim Jones berkata Justin yang menjalani pembedahan pada Rabu dijangka mengambil tempoh enam hingga sembilan bulan untuk proses pemulihan.
Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya memilih untuk mengadakan pembedahan di Malaysia berbanding luar negara kerana tidak mahu mengambil risiko yang boleh memudaratkan lagi kecederaan itu.
"Kami mahu pastikan pakar bedah terbaik yang melakukannya, kerana perkara ini perlu disegerakan. Kami ada kenalan di United Kingdom dan negara lain, tetapi kami tetap dengan Malaysia kerana pakar bedah di sini sangat berpengalaman, kita ada laporan yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Justin terpaksa diketepikan daripada skuad Sukan SEA kerana perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan achilles tendon ketika latihan pada dua hari lepas. - Foto fail
Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & kemeriahan 'Spice Bazaar'
Turkiye mempunyai sejarah yang sangat kaya dan panjang, dari zaman Empayar Byzantine hingga Empayar Uthmaniyyah, dengan banyak tapak bersejarah seperti yang mampu menarik pelancong dari seluruh dunia. Telusuri tiga lokasi menarik ke Masjid Eyup Sultan, Bukit Pierre Loti dan Spice Bazaar.
Warisan Di Samudera Biru
Saksikan inisiatif Rigs-To-Reef PETRONAS melindungi warisan marin dengan mengguna semula struktur pelantar minyak yang dinyahtauliah menjadi habitat marin yang menyokong ekosistem hidupan laut.

Proses bawa masuk warga Palestin: K'jaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini.
Didi & Friends, Hawa dalam Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut
Astro Fibre perkukuh pengalaman internet di rumah dengan kempen terbaru Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut yang menampilkan ikon kegemaran kanak-kanak, Didi and Friends bersama duta Astro Fibre, kakak kencang, Hawa Rizwana.
Muhibbah budayakan rahmah, bukan marah-marah
Irfan Faruqi menemubual Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menjurus kepada isu muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang agama di negara ini menerusi penganjuran Majlis Iftar Muhibah 2025 di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.

CTOS ajak rakyat Malaysia periksa skor kredit dalam kempen 'Kredit Kau Hijau'
Agensi pelaporan kredit swasta, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) mengajak rakyat Malaysia untuk memeriksa skor kredit mereka dengan pelancaran kempen terbaharunya, Kredit Kau Hijau.
Kabinet akan teliti cadangan had tempoh jawatan PM
Kabinet akan meneliti cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kerana ia melibatkan Pindaan Perlembagaan, kata Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil.
Ismail Sabri rakam percakapan lebih 6 jam DI SPRM
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kereta jenis Vellfire berwarna hitam pada pukul 9.57 pagi untuk hari keempat merakam keterangan.

Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angkat syarikat korporat, GLC - Fahmi
Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dibentuk menjelang sambutan HAWANA - Fahmi
Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat dibentuk menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini.

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.