Beliau berkata sasaran tersebut ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata sehubungan itu mekanisme bagi melaksanakan inisiatif berkenaan akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
"Sekiranya ada syarikat swasta yang berhasrat untuk menjadikan mana-mana sekolah sebagai sekolah angkat, mereka boleh berhubung dengan pihak KPM," katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah bersetuju untuk mengambil 20 sekolah sebagai sekolah angkat.
Rabu lepas Perdana Menteri menyarankan agar syarikat korporat dan GLC melaksanakan inisiatif sekolah angkat bagi membantu membangunkan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Anwar berkata bantuan daripada syarikat korporat dan GLC dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan penyediaan infrastruktur di institusi berkenaan.
-- BERNAMA
