PHNOM PENH: Skuad bola sepak lelaki Bawah 22 Tahun (B-22) negara dijangka menempuh laluan sukar dalam aksi sulung Kumpulan B menentang Laos esok pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Ketua jurulatih E. Elavarasan memberi bayangan Laos akan turun bermati-matian selepas mereka tewas dalam perlawanan pertama kumpulan kepada Vietnam, 2-0, di Stadium Prince, pada Ahad.
"Memandangkan Laos kalah perlawanan pertama, mereka kena bangkit pada perlawanan kedua dan saya jangka ia agak sukar untuk kita.
"Walaupun tewas kepada Vietnam, namun saya lihat Laos bermain baik cuma tak dapat lakukan serangan balas yang sebaiknya," katanya kepada Bernama sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, di sini hari ini.
Beliau pada masa sama mengunci mulut mengenai strategi yang bakal direncanakannya selain enggan mengulas mengenai pemain lawan mana yang bakal memberi ancaman besar kepada anak buahnya di Stadium Olimpik, esok.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan agar Malaysia dapat pulang dengan tiga mata penuh ketika berdepan pasukan kendalian Michael Weiss itu.
Beliau juga mahu skuad negara yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Phnom Penh dapat menyesuaikan diri dengan cepat termasuk cuaca panas di sini sebelum memulakan kempen di temasya sukan dwitahunan itu.
Selepas Laos, Malaysia dijadual bertemu Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura (11 Mei).
Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei, sebelum aksi final atau penentuan tempat ketiga dan keempat pada 16 Mei.
Kali terakhir Malaysia merangkul emas pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

Elavarasan memberi bayangan Laos akan turun bermati-matian selepas mereka tewas dalam perlawanan pertama kumpulan kepada Vietnam, 2-0, di Stadium Prince, pada Ahad. - Gambar fail/Stadium Astro

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.

Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.

Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.