ASAJAYA : Impian Malaysia untuk meraih pingat emas di peringkat Olimpik tidak akan tercapai jika semua kerajaan negeri tidak bersama-sama melabur dalam pembangunan bakat baharu sukan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
"Kalau semuanya dilepaskan (tanggungjawab) kepada Kementerian Belia dan Sukan sahaja untuk memastikan kita dapat atlet yang bagus, mustahillah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengagihan Daging Korban di Dewan Kampung Asajaya Ulu di sini pada Selasa.
Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Sabtu yang menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
Menurut Hannah setakat ini hanya Sabah dan Sarawak yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan sukan terbabit.
Abdul Karim yang bersetuju dengan gesaan Hannah berkata pencapaian tinggi dalam sukan merupakan satu cara untuk meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Ia (pembangunan bakat sukan) juga perlu dilakukan oleh kerajaan negeri, baik di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak, kerana ini (pencapaian di peringkat antarabangsa) melibatkan maruah negara," katanya.
Beliau berkata kementeriannya juga sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan bagi sukan tinju di bahagian Sri Aman untuk melahirkan petinju yang mewakili negeri dan negara.
"Saya mengakui sukan tinju disukai masyarakat di Sri Aman, sebab itulah untuk SUKMA 2024 (Sukan Malaysia) saya letakkan acara sukan tinju di Sri Aman kerana saya tahu memang ramai peminat sukan tinju di sana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Abdul Karim berkata, tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan. - Foto fail/BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin
Muhammad Ridwan Sahrom mencipta kejutan dengan menyambar pingat emas pada Siri Tiga Piala Presiden hari ini.

Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).

Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.

Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.

Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.

Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.

Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.