Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memecat ketua jurulatih, Sathit Bensoh, selepas skuad The Red Warriors (TRW) tercorot dalam tangga Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan pertama musim ini.
Kelantan kini menghuni tangga ke-12 liga dengan satu mata selepas seri 1-1 dengan Terengganu FC 1, kalah 2-1 kepada Melaka United dan kalah 3-0 kepada Pahang.
Pemecatan jurulatih kelahiran Thailand itu disahkan Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.
Husin, ketika dihubungi berkata pemecatan Sathit itu berkuat kuasa hari ini dan penolong jurulatih, Yusri Che Lah akan memangku tugas buat sementara waktu.
"Kita tidak boleh boleh tunggu lagi walaupun sebelum ini kita memberikan peluang kepada Sathit mengemudi Kelantan.
"Kita terpaksa buat keputusan ini kerana prestasi Kelantan yang tidak memuaskan, bukan sahaja tiga perlawanan dalam saingan Liga Super malah pada aksi pramusim juga tidak menunjukkan sesuatu yang positif," katanya.
Dalam pada itu, Husin berkata Kelantan kini sedang mengintai beberapa jurulatih import baharu dari Croatia, Iran dan Nigeria untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sathit.
"Sekurang-kurangnya lima jurulatih telah menghantar permohonan untuk menjadi jurulatih The Red Warriors setakat ini dan ada sesetengah daripada mereka mahu datang dahulu dan tengok aksi pasukan ini dalam perlawanan menentang Perak di Kota Bharu pada 24 Feb ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2018

Pemecatan Bensoh (gambar) disahkan Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KAFA didesak adakan pemilihan semula ahli jawatankuasa
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didesak mengadakan pemilihan semula ahli jawatankuasa susulan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta
FAM secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM.

KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.

Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan
Guru KAFA hendaklah dilatih dengan modul latihan terkini dan metodologi pengajaran berkesan selain penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.

8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.

Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.

LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.

Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.