KUALA NERUS: Jurulatih muda yang sedang meningkat naik, Nafuzi Zain enggan melayan khabar angin mengenai perpindahannya dari bumi Darul Iman ke negeri Jelapang Padi musim depan.
Sebaliknya, beliau menegaskan, tumpuannya kini hanya terarah kepada tugas kejurulatihan bersama skuad Sang Penyu musim ini yang masih berbaki dua bulan.
Menurut Nafuzi, beliau menganggap khabar angin tersebut sebagai lumrah dalam dunia bola sepak dan tidak sesekali menjejaskan fokus serta misinya untuk membawa Terengganu FC (TFC) ke pentas Piala Konfederansi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
"Saya tak mahu layan benda-benda (khabar angin) yang tak sahih. Cakap-cakap dan desas-desus di media sosial itu biarkanlah. Fokus sekarang ialah untuk memastikan Terengganu layak ke Piala AFC tahun depan.
"Selain itu kami juga masih ada Piala Malaysia. Sasaran kami pastilah untuk layak ke final. Insya-Allah kalau ada rezeki kami mahu membawa trofi berprestij itu ke Terengganu sebagai hadiah untuk penyokong bola sepak," katanya ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak petang semalam.
Mengulas lanjut, Nafuzi berkata, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang tawaran daripada pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd.
Bagaimanapun, beliau enggan terlalu memikirkan perkara tersebut dan menunggu masa sesuai untuk menentukan hala tujunya tahun depan sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan di Terengganu.
Dalam perkembangan lain, Nafuzi yang juga bekas penyerang pasukan Terengganu mengingatkan anak buahnya supaya mempamerkan aksi terbaik bagi meraih tiga mata pada perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam esok.
"Kami amat memerlukan kemenangan malam esok untuk pastikan laluan ke Piala AFC lebih mudah.
"Ini aksi terakhir kami di depan penyokong sendiri. Guna kelebihan ini untuk tebus kembali kekalahan kepada Sabah FC tempoh hari dan kutip tiga mata untuk dapat tempat ketiga liga seterusnya menempah slot ke AFC," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Nafuzi Zain enggan melayan khabar angin mengenai perpindahannya dari bumi Darul Iman ke negeri Jelapang Padi musim depan. - Gambar BERNAMA
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.
Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain
Ketua pegawai eksekutif Terengganu FC Ab Rasid Jusoh mengeluarkan kenyataan media menjawab dakwaan Nafuzi.
Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab
Tawaran lanjutan kontrak disifatkannya tidak profesional dan menghormati kedudukannya sebagai ketua jurulatih.