KUALA LUMPUR: Skuad Speedy Tigers melengkapkan perlawanan kumpulan Kejohanan Piala Negara-Negara dengan mengatasi Kanada 4-2 di Stadium Nasional Gniezno, Poland, pada Rabu.
Ia merupakan kemenangan sulung skuad bimbingan Sarjit Singh dalam saingan itu selepas seri 4-4 dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas 1-3 kepada Perancis pada perlawanan kedua sebelum ini.
Keputusan dilakar itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga berkongsi empat mata dengan Pakistan di kedudukan kedua hanya dipisahkan dengan perbezaan gol yang besar.
Bagaimanapun, Perancis, selaku pendahulu Kumpulan B dengan enam mata akan menentang Pakistan (empat mata) dalam aksi pelengkap kumpulan awal pagi Khamis.
Mengikut format, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Skuad hoki lelaki negara kini perlu mengharapkan tuah supaya Perancis membelasah Pakistan dengan jumlah jaringan besar untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.
Pada perlawanan pelengkap kumpulan semalam, Malaysia tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol masing-masing menerusi jaringan padang Fitri Saari pada minit kedua dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal selang empat minit kemudian.
Malaysia menambah derita Kanada apabila terus merobek gawang lawan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22 oleh Syed Syafiq Mohd Cholan.
Kanada bangkit memecah kebuntuan gol mereka pada minit ke-41 hasil jaringan Dhillon Rhopkanwar namun Muhajir Abdul Rauf menggandakan jaringan buat negara selang seminit kemudian.
Kanada berhasil menambah jaringan pada minit ke-51 menerusi Mansarovar Sidhu sekali gus terpaksa akur mengakhiri saingan kumpulan di tangga tercorot tanpa memungut sebarang mata.
Kejohanan itu menampilkan dua kumpulan iaitu lima dalam Kumpulan A (New Zealand, Poland, Austria, Afrika Selatan dan Korea Selatan) dan empat dalam Kumpulan B.
Pasukan tempat ketiga dan keempat daripada setiap kumpulan akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi untuk menentukan kedudukan lima hingga kelapan manakala perlawanan separuh akhir akan berlangsung Sabtu ini dan final hari hari berikutnya.
Juara kejohanan ini berpeluang beraksi pada Liga Profesional Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Skuad hoki lelaki Malaysia mengatasi Kanada 4-2 dalam perlawanan kumpulan Kejohanan Piala Negara-Negara di Stadium Nasional Gniezno, Poland, pada Rabu. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.

MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.