KUALA LUMPUR: Penyerang negara Faizal Saari mencipta jaringan hatrik untuk mengemudi Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024 di Gniezno, Poland, hari ini.
Skuad Speedy Tigers mendahului pada minit kedua pada perlawanan penentuan tempat ketujuh-kelapan melalui jaringan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal sebelum Faizal menggandakan jaringan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.
Austria di ranking ke-19 dunia merapatkan defisit kepada 2-1 menerusi pukulan penalti Fulop Losonci pada minit ke-21 tetapi Mohammad Fitri Saari memulihkan kelebihan dua gol Malaysia apabila menyempurnakan pukulan penalti dua minit kemudian.
Abangnya, Faizal kemudian menyempurnakan hatrik dengan dua jaringan padang dalam tempoh dua minit pada minit ke-32 dan 33 untuk meletakkan Speedy Tigers mendahului 5-1.
Bagaimanapun, Malaysia di ranking ke-13 dunia membenarkan Austria bangkit dengan jaringan Maximilian Scholz (34' 51) 'dan Arthur Kucera (49') untuk bertahan dengan kemenangan tipis.
Ketua jurulatih Malaysia Sarjit Singh, walaupun berpuas hati dengan lima gol yang mereka jaringkan, jelas kesal dengan pasukannya kerana dibolosi tiga gol pada separuh masa kedua.
"Agak mengecewakan apabila gawang gol dibolosi tiga gol ketika mendahului 5-1. Kelemahan ini perlu dihentikan segera. Dua pemain muda kami, Muhamad Faris Harizan dan Azimuddin Syakir Kamaruddin, menyinar dan konsisten sepanjang kejohanan ini, mereka bermain dengan sangat baik.
"Secara keseluruhan, kami berjaya menjaringkan banyak gol dan sentiasa bermula dengan baik. Kami berharap dapat berusaha memperbaiki kelemahan kami, " katanya.
Speedy Tigers menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B selepas seri 4-4 dengan Pakistan, tewas 3-1 kepada Perancis dan menewaskan Kanada 4-2 untuk terlepas peluang ke separuh akhir.
Skuad negara kemudian tewas 4-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan klasifikasi kelima-kelapan.
Tugasan seterusnya anak buah Sarjit ialah Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia, China dari 8 hingga 17 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Penyerang negara Faizal Saari mencipta jaringan hatrik untuk mengemudi Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024 di Gniezno, Poland, hari ini. - Foto FB MHC
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia ke separuh akhir selepas belasah Jepun
Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara selepas membelasah Jepun 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.