KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman pada perlawanan ujian siri Jelajah Eropah di Monchengladbach, malam tadi.
Sarjit berkata beliau tidak menyangka gawang Malaysia dibolosi dengan jumlah yang besar sambil mengakui kegagalan pemain mengawal benteng pertahanan menjadi punca pasukan negara dibelasah dalam aksi itu.
"Sejujurnya tidak jangka dengan jumlah jaringan ini. Struktur pertahanan pasukan tidak bekerja dengan baik, dan bagi ruang kepada pihak lawan untuk menerima dan menjaringkan gol.
"Kita juga tidak berapa klinikal di dalam kawasan D. Keputusan yang agak mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media hari ini.
Walaupun tewas, beliau tetap memuji aksi pasukannya pada perlawanan itu yang tidak takut untuk menerapkan corak permainan menyerang berdepan lawan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi.
"Dari sudut positif pemain sebenarnya mampu untuk bermain dengan pasukan Jerman tetapi tidak berapa konsisten dan banyak perkara perlu diperbaiki. Mereka juga berani untuk bermain corak menyerang.
"Barisan kejurulatihan berharap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan yang berlaku pada perlawanan bertemu Jerman. Tanggungjawab yang besar untuk barisan kejurulatihan memperbaiki pasukan," katanya.
Pada aksi itu, pasukan negara berjaya meraih gol sagu hati menerusi Mohd Fitri Saari yang dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-47.
Kekalahan ini merupakan yang kedua buat Malaysia dalam empat perlawanan selepas tewas kepada Belgium B dalam aksi yang berlangsung di Antwerp pada Rabu.
Speedy Tigers selepas ini akan berehat selama sehari sebelum turun beraksi di Gladbach Hockey and Tennis Club menentang Monchengladbach Club pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Walaupun tewas, Sarjit tetap memuji aksi pasukannya pada perlawanan itu yang tidak takut untuk menerapkan corak permainan menyerang berdepan lawan. - Foto FB Konfederasi Hoki Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.