KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara akan mengadakan Siri Jelajah Eropah dari 1 hingga 14 Julai ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia pada September depan.
Ketua Jurulatih Sarjit Singh berkata Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.
Beliau berkata para pemain kini diberikan rehat setelah pulang dari Poland sebelum menyambung latihan pada 18 Jun ini.
Menurutnya skuad hoki kebangsaan akan menentang Belgium pada 1, 3 dan 5 Julai serta Jerman pada 7 dan 9 Julai.
"Mereka kemudiannya akan ke Amsterdam untuk menentang Belanda pada 12 Julai dan mengakhiri jelajah Eropah dengan perlawanan menentang pasukan pelawat India pada 14 Julai," katanya dalam kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) semalam.
Mengenai prestasi Speedy Tigers dalam Piala Negara-Negara 2024, Sarjit berkata skuadnya perlu meningkatkan prestasi dengan memberikan tumpuan kepada dragflick.
Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Negara-Negara di tempat ketujuh daripada sembilan negara selepas kemenangan 5-4 ke atas Austria di Gniezno, Poland, minggu lepas.
Speedy Tigers menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B selepas seri 4-4 dengan Pakistan, tewas 3-1 kepada Perancis dan menewaskan Kanada 4-2 untuk terlepas peluang ke separuh akhir.
Skuad negara kemudian tewas 4-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan klasifikasi kelima-kelapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Sarjit Singh berkata skuad hoki kebangsaan akan menentang Belgium pada 1, 3 dan 5 Julai serta Jerman pada 7 dan 9 Julai. - Foto Agensi/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Kekalahan yang sukar diterima - Arul
Ketua jurulatih A. Arul Selvaraj mengakui amat sukar untuk skuad Speedy Tigers menerima kekalahan tipis 3-4 kepada India selepas mendahului dua gol pada aksi final Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.

Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia
HASRAT skuad hoki lelaki negara untuk mencipta sejarah saingan Trofi Juara-Juara Asia tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada India dalam perlawanan akhir di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai.

Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia tarik diri
Keputusan dibuat mengikut arahan dan pandangan MSN dan kementerian-kementerian yang bertanggungjawab hal pandemik di Malaysia.

Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.

Hoki Piala Juara-Juara: Razie selamatkan maruah negara
Malaysia melengkapkan saingan pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 di tempat kedua selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Korea Selatan.

Hoki Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia ke separuh akhir
Malaysia menjadi pasukan pertama melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan Jepun 7-2 pada pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 malam tadi.