China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara yang diberi julukan Malaysian Tigress pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.
Bersambung suku ketiga, skuad China menggandakan kedudukan selepas memanfaatkan pukulan sudut penalti menerusi Tan Jinzhuang pada minit ke-41 sebelum Wang Lihang meledakkan satu lagi jaringan untuk meletakkan pasukan itu pada kedudukan selesa lapan minit kemudian.
Tidak cukup dengan itu, China terus menambah duka skuad negara di bawah bimbingan Mohamed Nasihin Nubil Ibrahim menerusi jaringan keempat dan kelima, masing-masing disudahi Tan Jinzhuang dan Hao Guoting pada minit ke-55 dan 57 dengan keputusan kekal 0-5 hingga tamat perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan terakhir carta selepas tewas dalam dua perlawanan.
Pada Isnin, Malaysian Tigress memulakan kempen dengan langkah kiri apabila dibelasah tuan rumah India 0-4.
Menanti Malaysia ialah juara tiga kali Korea Selatan pada Khamis, Jepun (Sabtu) dan menutup kempen kumpulan menentang Thailand Ahad ini.
-- BERNAMA