Korea Selatan menjaringkan gol pembukaan terlebih dahulu menerusi sepakan sudut penalti Choe Doh-yean sebelum dua jaringan Aferukl Syah memastikan wakil negara mendahului 2-1.
Walaupun Korea Selatan kembali mengikat Malaysia Tigers tetapi jaringan minit akhir Muhammaf Safwan memastikan Malaysia manamatkan kemarau gelaran buat pertama kali dengan kemenangan 3-2.
Satu lagi wakil negara iaitu Malaysia Speedy meraih tempat ketiga selepas menewaskan Austria dalam penentuan tempat ketiga.
Dalam pada itu, dalam kategori wanita pula menyaksikan Jepun merangkul gelaran juara selepas menumpaskan Australia. - Stadium Astro