KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan negara Muhammad Najmi Farizal Jazlan meledak dua gol dalam tempoh seminit bagi membantu skuad hoki dalam dewan lelaki negara bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Kazakhstan 3-3 pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Taldykorgan, hari ini.
Tatkala perlawanan seakan memihak kepada tuan rumah, Muhammad Najmi muncul wira menyelamatkan maruah Malaysia yang turun selaku juara bertahan di penghujung perlawanan apabila menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38 dan ke-39 bagi membolehkan pasukan kebangsaan mencuri satu mata.
Terdahulu, Malaysia ketinggalan seawal minit kedua apabila Tashkeyev Yermek menjaringkan gol padang sebelum penyerang Faridzul Afiq Mohd menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-15.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut hanya bertahan selama dua minit apabila Tashkeyev sekali lagi merobek gawang pasukan Malaysia dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum Duisengazy Agymtay menambah jaringan menerusi gol padang pada minit ke-34 sebelum Muhammad Najmi memusnahkan impian Kazakhstan merakam kemenangan kedua selepas membenam Indonesia, 6-2, semalam.
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara Mohd Rodzhanizam Mat Radzi lega kerana dapat mengelak kekalahan ketika menentang Kazakhstan dan berharap anak buahnya dapat menggunakan masa rehat yang singkat untuk bersiap sedia mengutip tiga mata pada aksi terakhir kumpulan menentang Indonesia yang juga juara Sukan SEA 2023 malam ini.
"Malam ini kami akan turun dengan matlamat mencari kemenangan ke atas Indonesia dan kami tidak akan mengambil mudah mahu pun leka pada aksi itu nanti," katanya dalam satu kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.
Semalam, Malaysia membuka tirai kempen dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
Di pusingan kedua, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan diletakkan dalam Kumpulan C manakala pasukan lain akan diletakkan dalam Kumpulan D.
Dua pasukan teratas dalam Kumpulan C bukan sahaja layak beraksi di pentas final malah layak secara automatik ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.
Malaysia mencipta sejarah pada edisi 2022 di Bangkok apabila merangkul kejuaraan sulung dengan menumpaskan juara lapan kali Iran, 3-2, menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam masa sebenar perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Tatkala perlawanan seakan memihak kepada tuan rumah, Muhammad Najmi muncul wira menyelamatkan maruah Malaysia yang turun selaku juara bertahan di penghujung perlawanan. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.