KUALA LUMPUR: Pihak berkepentingan yang terlibat dalam kancah sukan negara perlu mengakui kelemahan sukan tempatan dan berusaha mencari cara untuk kembali menjadi antara pencabar pingat di Sukan SEA, selepas episod suram di Kemboja baru-baru ini.
Pentadbir sukan Datuk V. Radhakrishnan berkata, daripada menuding jari kepada atlet muda yang tidak berpengalaman, ketidakstabilan politik dan menggunakan atlet naturalisasi, pihak berkepentingan seharusnya mengakui kelemahan dalam persiapan dan latihan, kekurangan usaha pembangunan bakat serta mengenal pasti cabaran lawan.
"Sebagai pihak berkepentingan, personaliti yang mempunyai kuasa dalam industri, bersikap defensif dan mula menuding jari adalah tidak nampak baik untuk masa depan. Sebaliknya, terimalah hakikat serta katakan bahawa kami tidak akan mengulangi kesilapan ini pada masa depan dan lihat cari kami boleh menambah baik.
"Jika kita kata menghantar atlet muda untuk pendedahan, bagaimana pula dengan atlet pelapis yang dihantar ke Sukan SEA Filipina 2019 dan Vietnam 2021? Kita mungkin jatuh ketika ini, tapi kita boleh bangkit semula. Jadi, mulakan perancangan dari sekarang," katanya kepada Bernama.
Radhakrishan, yang mempunyai pengalaman 40 tahun dalam sukan sebagai ahli sukan, usahawan dan pentadbir berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mesti menerima hakikat prestasi buruk pada edisi di Kemboja ini.
Pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada 5-17 Mei lepas, Malaysia hanya menduduki tempat ketujuh selepas mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, selain gagal mencapai sasaran ditetapkan 40-37-64.
Vietnam kekal juara keseluruhan dengan 136-105-118 diikuti Thailand (108-96-108), Indonesia (87-80-109), tuan rumah Kemboja yang mencatat pencapaian terbaik mereka di tempat keempat (81-74-127), Filipina (58-85-117) dan Singapura (51-43-64).
Radhakrishnan berkata analisis mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan, peluang dan cabaran kontinjen negara bagi mengelakkan prestasi suram di Phnom Penh berulang dalam temasya sukan lain akan datang.
Mengambil Singapura sebagai contoh, Radhakrishnan berkata negara jiran dapat mencatat keputusan baik di temasya dwitahunan itu kerana mereka tahu di mana kekuatan dan kelemahan, selain di mana untuk meletakkan sasaran pingat emas dan lain-lain pingat.
"Sebaik sahaja mereka memutuskan untuk mendapatkan emas dan memperincikannya, mereka mengenal pasti sukan mana, kemudian menumpukan perhatian, berusaha dan melakukan sesuatu mengenainya. Mereka memilih renang, lawan pedang dan ping pong.
"Jika kita tidak melakukan kerja rumah sekarang, perkara sama mungkin berlaku pada Sukan SEA akan datang, mungkin satu-satunya kontinjen yang boleh kita pintas ialah Kemboja kerana mereka tidak mempunyai kelebihan di tempat sendiri. Saya tidak mahu ini berlaku, saya mahu Malaysia terus bersaing," katanya.
Daripada 51 pingat emas dimenangi Singapura, 22 daripadanya dimenangi menerusi sukan renang, tujuh lawan pedang, empat dari ping pong, masing-masing tiga menerusi olahraga dan pelayaran manakala penyumbang emas utama Malaysia menerusi olahraga dengan lima pingat emas, masing-masing empat dari acara terjun, karate dan pencak silat serta tiga dalam acara taekwondo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Analisis mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan, peluang dan cabaran kontinjen negara bagi mengelakkan prestasi suram di Phnom Penh berulang dalam temasya sukan lain akan datang. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.