PENYOKONG Terengganu FC (TFC) meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia hingga menyaksikan TFC tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
Rata-rata penyokong skuad Penyu itu meminta TFC supaya mengemukakan bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung beberapa tindakan pengadil, S Logeswaran yang dikatakan 'bias' selain mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pengadil berkenaan.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong TFFC, Wan Mohd Hafizul Nik Anuar berkata, dia berasa kecewa dengan mutu pengadilan yang disifatkan tidak adil termasuk penalti daripada pihak lawan serta tindakan pengadil tidak melayangkan kad kuning kepada pemain JDT.
"Mutu pengadilan ini sudah lama jadi isu. FAM dan MFL kena ambil tindakan sewajarnya. Sepatutnya pihak pengurusan TFC buat bantahan tentang isu ini dan kami sebagai kelab penyokong akan beri sokongan sepenuhnya berhubung tindakan tersebut.
"Walau buat bantahan pun, keputusan (kemenangan) tidak boleh diubah tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan daripada pihak TFC sendiri untuk pastikan masalah ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Hafizul berkata, dia memberi pujian kepada semangat pemain TFC yang melakukan aksi terbaik meskipun berhadapan cabaran termasuk keadaan padang yang rosak dan cuaca hujan.
"Kita sokong dan puji pemain yang lakukan sehabis mungkin untuk menang. Kalau kita rasa keadaan padang pun dah berat (sukar) tapi bila tengok tindakan pengadil pada perlawanan malam tadi lagilah berat (mencabar)," ulasnya.
Sementara itu, seorang penyokong, Mohamad Faizal Gazali, 35, turut mempersoalkan tindakan Logeswaran sebagai pengadil yang dilihat berat sebelah apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT meskipun telah melakukan terjahan kasar kepada pemain TFC.
"Mutu pengadilan itu sangat berat sebelah. Sudahlah keadaan padang pun berlopak dan rosak maka mutu pengadilan tu biarlah memuaskan.
"Saya harap selepas ini untuk mana-mana perlawanan piala bola sepak akan datang,kalau boleh ambil pengadil yang betul-betul berkualiti dan tidak bias. Nak ambil pengadil dari luar pun tak apa asalkan mutu pengadilan itu bagus," ulasnya.
Seorang lagi penyokong, Mazuki Muhamad, 45, berkata, dia menerima kekalahan tersebut, namun mengharapkan supaya pengurusan TFC melakukan bantahan untuk menegakkan keadilan bagi memastikan insiden sedemikian tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
"Ini final Piala Malaysia bukan liga peringkat kampung. Jadi jika tiada bantahan maka perkara ini tidak akan pernah selesai dan akan berulang lagi pada masa akan datang.
"Bagaimanapun, saya amat bangga dengan pasukan TFC kerana pamerkan semangat juang dan saingan hebat pada pasukan lawan meskipun perlu berhadapan mutu pengadilan berat sebelah," jelasnya.
Pada Jumaat, JDT berjaya memastikan Piala Malaysia kekal di bumi Johor selepas menewaskan TFC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu menyaksikan JDT meletakkan penanda aras baharu apabila menjadi pasukan pertama memenangi empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023
Pemain TFC meraikan gol yang dihasilkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar/ Bernama
Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Polis tahan 15 termasuk kanak-kanak dalam operasi samseng jalanan
Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.
Landasan dari Kempas ke Pelabuhan Johor ditutup sementara - KTMB
KTMB dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara landasan kereta api sepanjang 40 kilometer itu dijangka selama enam bulan.
Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, boikot ucapan Netanyahu
Delegasi Malaysia antara kumpulan yang meninggalkan dewan perhimpunan agung sebelum giliran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan perbahasan umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-79.
Jiwa SME: Sekitar 1,500 pengunjung hangatkan hari pertama
Jelajah Jiwa SME 2024 di Ipoh, Perak, merayakan usahawan-usahawan tempatan dengan pelbagai pengisian dan tawaran.
Walaupun hujan lebat dilaporkan di venue Jiwa SME kali ini, sokongan dalam kalangan pengunjung amat menggalakkan.
Walaupun hujan lebat dilaporkan di venue Jiwa SME kali ini, sokongan dalam kalangan pengunjung amat menggalakkan.
LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.
[TERKINI] Tidak rasmi: BN mendahulu majoriti besar di DUN Mahkota
Ketika ini BN mendahului dengan majoriti yang besar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota..
#AWANIRingkas 28 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 September 2024
1️⃣ Israel dakwa bunuh ketua Hezbollah
2️⃣ ETA ke Sri Lakna kembali dikuat kuasa
3️⃣ Tujuh ditahan reman tujuh hari
#awaniringkas
1️⃣ Israel dakwa bunuh ketua Hezbollah
2️⃣ ETA ke Sri Lakna kembali dikuat kuasa
3️⃣ Tujuh ditahan reman tujuh hari
#awaniringkas
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.
Empat disyaki isteri pemimpin kanan antara tujuh direman
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk mereman tujuh individu selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd.
TFC mulakan kempen Piala Shopee dengan langkah kiri
TFC membuka aksi pertama Kumpulan A saingan ACC Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan langkah kiri.
Nelson Bonilla penyerang terbaharu TFC
Pengumuman itu menamatkan khabar angin bahawa Sang Penyu akan mengikat penyerang kelahiran Croatia, Anton Maglica.
TFC kecewa gagal raih tiga mata penuh di laman sendiri
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa kerana misi pasukan untuk mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 berdepan Sri Pahang FC, malam tadi.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
Piala FA: Kim Swee mahu Sabah FC bawa bekalan gol selesa
Datuk Ong Kim Swee mahu Sabah FC membawa balik bekalan gol selesa pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA.
Steinbruckner tidak puas hati persembahan TFC
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya ketika beraksi menentang Perak FC.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.