Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya  terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku susulan pertempuran dengan Israel dalam usaha kumpulan tersebut menyokong Gaza dan Palestin.

Serangan antara Hizbullah dan Israel juga adalah mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah dan terhormat.

"Kami komited kepada ikrar kesetiaan dan komitmen terhadap penentangan dan pengorbanan sehingga membawa kepada kemenangan," kata jurucakap Hezbollah.

[LAPOR LANGSUNG] Hizbullah sahkan kematian Hassan Nasrallah

Terdahulu, Israel berkata sebelum ini pada Sabtu rejim zionis telah membunuh Nasrallah dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut.

TV Al-Manar Hezbollah mula menyiarkan ayat-ayat Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah.