ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Pesawat perang Israel meneruskan serangan udara di pinggir selatan Beirut, menyasarkan kawasan Chyah, Borj al-Barajneh dan sebahagian Lylaki, serta beberapa bandar di selatan Lubnan.

Menurut Menteri Kesihatan Firas Alabiad pada sidang media awal hari ini, serangan antara Hizbullah dan Israel yang bermula sejak Oktober lepas mengorbankan 1,640 orang termasuk 104 kanak-kanak dan 194 wanita, serta mencederakan 8,408 yang lain.

Hizbullah dan Israel telah terlibat dalam serangan rentas sempadan sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,600 mangsa.

Serangan udara besar-besaran terbaru oleh Israel itu turut mengorbankan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah.

-- BERNAMA