Arab Saudi teguh memberi sokongan kepada Lubnan yang menjadi sasaran terbaharu Israel.
Agensi
Sun Sep 29 2024
Kerajaan Arab Saudi menyatakan sokongan terhadap Lubnan yang kini menjadi sasaran terbaharu Israel. - Gambar Reuters
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menyatakan sokongan terhadap Lubnan yang kini menjadi sasaran terbaharu Israel.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Arab Saudi turut menyeru agar kedaulatan serta keutuhan wilayah negara itu dipelihara.
Kementerian Luar Negeri Arab Saudi berkata, pihaknya meneliti perkembangan terkini di Lubnan dengan "kebimbangan yang serius," walaupun tidak menyebut mengenai pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.
Arab Saudi juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk berusaha melindungi keselamatan serantau dan meminimumkan kesan kemanusiaan akibat konflik tersebut. - Agensi