KOTA KINABALU: Datuk Ong Kim Swee mahu Sabah FC membawa balik bekalan gol selesa pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA, antara pasukan bimbingannya dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu esok.
Ketua Jurulatih Sabah FC itu berkata walaupun perlawanan pertama berkenaan tidak menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya, namun ia sangat penting bagi pasukan Sabah FC mendapat keputusan yang positif, bagi menghadapi perlawanan timbal balik di Stadium Likas di sini dijadual 6 Julai nanti.
"Apa juga keputusan dalam pusingan pertama yang penting kita harus kembali dengan satu keputusan yang cukup positif dan kita kembali ke sini dengan semangat positif.
"Apa juga keputusan (perlawanan kedua) yang berlaku di sini nanti, akan menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya, oleh itu kita memerlukan kelebihan bekalan gol pada perlawanan di sini nanti," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di Padang Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di sini malam tadi.
Beliau berkata segala persiapan setakat ini berjalan lancar seperti yang dirancang.
"Perlawanan peringkat suku akhir Piala FA pertama cukup penting, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat lawan dan kita tidak boleh mengambil mudah kerana kita tahu pasukan Terengganu FC mempunyai rekod yang cukup baik, terutamanya di tempat sendiri.
"Terengganu kini bertambah baik dengan beberapa pemain baharu terutamanya pemain tempatan seperti Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. Mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan kita harus berwasapada kepada semua pemain yang bakal diturunkan Terengganu FC," katanya.
Beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan siapa pemain yang bakal beraksi menentang Terengganu FC, disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.
"Beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres. Kita perlu melihat perkara ini sehingga esok (hari ini)," katanya.
Perlawanan suku akhir saingan Piala FA antara Sabah FC dan Terengganu FC esok, akan menyaksikan skuad The Rhinos terlebih dahulu berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sabah FC layak ke Suku Akhir Piala FA selepas menewaskan kelab Liga A1 Semipro, Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dengan keputusan 7-0 dalam aksi pusingan pertama pada 15 Jun.
Manakala, Sang Penyu layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Perak FC dengan keputusan 2-1 pada 14 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Kim Swee berkata segala persiapan setakat ini berjalan lancar seperti yang dirancang. - Foto fail/Sinar Harian
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan.
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.
Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini
Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama, Saddil Ramdani dan Darren Lok menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang JDT di Stadium Likas esok.
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Piala FA: Kim Swee mahu Sabah FC bawa bekalan gol selesa
Datuk Ong Kim Swee mahu Sabah FC membawa balik bekalan gol selesa pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.