PETALING JAYA: Calon bagi menggantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan dijangka diputuskan selepas menerima laporan daripada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan siasatan diketuai bekas pemain kebangsaan Datuk Dell Akbar Khan itu sedang giat melakukan siasatan mengenai punca kegagalan skuad kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lepas.
Mohd Yusoff berkata beliau selaku pengurus pasukan dan kapten Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak adalah antara individu diminta hadir untuk sesi memberi keterangan bagi melengkapkan laporan tersebut.
"Jadi kita tunggu dulu apa maklum balas daripada laporan bedah siasat ini yang saya jangka selesai minggu depan, dari situ mungkin kita boleh tentukan calon sesuai," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis undian Liga M3 di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata pada masa ini, beberapa calon menunjukkan minat untuk jawatan tersebut, selain yakin Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin juga berada dalam proses mengenal pasti jurulatih sesuai.
Beliau berkata FAM akan meneliti segala kemungkinan susulan ada pihak berpendapat jurulatih tempatan lebih sesuai kerana waktu sangat singkat untuk hadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini, manakala ada beranggapan jurulatih asing lebih baik bagi memastikan pelan jangka panjang lebih tersusun.
"Semua cadangan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan pada bulan ini yang dipengerusikan Datuk Hamidin sendiri. Selepas itu akan 'diendorse' (disokong) dalam Mesyuarat Exco untuk memastikan pilihan yang terbaik supaya perancangan kita ini akan dilaksanakan dengan lebih tersusun.
"Memang saya ada dengar terdapat beberapa calon yang memohon, tetapi pada masa sama ada juga senarai jurulatih (yang tidak mohon) berada dalam radar FAM," jelasnya.
Ditanya mengenai nasib barisan kejurulatihan yang berkhidmat di bawah Cheng Hoe, Mohd Yusoff berkata FAM akan memberi kebebasan untuk ketua jurulatih baharu untuk memutuskan sama ada terus menggunakan khidmat barisan sedia ada atau melantik pasukan kejurulatihannya sendiri.
Malaysia gagal mara ke separuh akhir di Singapura selepas menamatkan kempen di tangga ketiga Kumpulan B, selepas mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja (3-1) dan Laos (4-0), namun tewas baki perlawanan selepas itu kepada Vietnam (0-3) dan Indonesia (1-4), sekali gus gagal mencapai sasaran FAM untuk mara ke final.
Berikutan itu, Cheng Hoe meletak jawatan dengan mengambil tanggungjawab terhadap prestasi kurang memuaskan pasukan Harimau Malaya.
FAM kemudian melantik Dell Akbar yang juga bekas Setiausaha Agung badan induk itu dan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur untuk mengetuai badan siasatan bebas tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
![Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642292303_TBUNDILIGA.jpg)
Mohd Yusoff ketika sidang media selepas Majlis Undian Liga M3 2022 di Kuala Lumpur, 15 Jan 2022. --fotoBERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
![Jangan ambil mudah isu lesen kelab kebangsaan - Mohd Yusoff Jangan ambil mudah isu lesen kelab kebangsaan - Mohd Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672363648_MohdYusoffMahadi.jpg)
Jangan ambil mudah isu lesen kelab kebangsaan - Mohd Yusoff
Imigresen FC layak secara merit bermain di Liga Super selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.
![FAM bidas dakwaan kononnya lambat bertindak FAM bidas dakwaan kononnya lambat bertindak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
FAM bidas dakwaan kononnya lambat bertindak
FAM bukan mengambil sikap berdiam diri ataupun sengaja melengahkan sebarang tindakan berhubung insiden itu.
![AFL nasihat pasukan tetap harga siling pemain Liga M3 AFL nasihat pasukan tetap harga siling pemain Liga M3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672354243_MohdYusoffMahadi.jpg)
AFL nasihat pasukan tetap harga siling pemain Liga M3
Beliau berkata barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan.
![Piala AFF 2022: Kelab Liga-M perlu bantu Pan-gon Piala AFF 2022: Kelab Liga-M perlu bantu Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668215003_TBUNDILIGA.jpg)
Piala AFF 2022: Kelab Liga-M perlu bantu Pan-gon
Mohd Yusoff menegaskan pelepasan pemain dapat membantu memudahkan Pan-gon membentuk pasukan yang lebih mantap.
![VAR mungkin diguna dalam Piala FA, Piala Malaysia musim depan - FAM VAR mungkin diguna dalam Piala FA, Piala Malaysia musim depan - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667862761_FOOTBALLFAM.jpg)
VAR mungkin diguna dalam Piala FA, Piala Malaysia musim depan - FAM
Badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
![Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642292303_TBUNDILIGA.jpg)
Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff
Mohd Yusoff berkata, laporan bedah siasat dijangka selesai minggu depan.
![Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610614634_YUSOFFMAHADI.jpg)
Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.
![Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61496197857_DatukWiraMohdYuso.jpg)
Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan
Pihak FAM dan MFL mengharapkan satu jawapan secara rasmi sekiranya Liga-M terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.