PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut yang bakal menyaksikan arena bola sepak negara mengorak satu lagi langkah ke hadapan.
"Buat masa sekarang, kita cuma bincangkan sama ada untuk mengadakan VAR pada 2023 bagi Piala FA dan Piala Malaysia, belum dalam saingan liga.
"Setakat ini, semua Exco bersetuju untuk kita gunakan VAR bagi kedua-dua kejohanan itu dan perkara ini bergantung kepada Jawatankuasa Teknikal FAM diterajui Datuk S. Sivasundaram," katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.
Pada masa sama, Sivasundaram berkata elemen yang perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan VAR adalah kos yang mencecah jutaan ringgit selain kualiti capaian Internet di venue dan kemampuan dari segi peralatan melibatkan aspek penyiaran.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden FAM berkata penggunaan VAR bagi kedua-dua saingan Piala FA dan Piala Malaysia mungkin tertakluk kepada perlawanan-perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.
"Perkara ini kita perlu berbincang dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kerana mereka adalah badan pentadbir Liga Malaysia," katanya sambil memaklumkan beberapa pengadil tempatan akan dihantar menyertai kursus VAR selama enam hingga sembilan bulan.
Baru-baru ini, FAM telah mengadakan perjumpaan bersama dua syarikat pembekal VAR iaitu Hawk-Eye Innovations dan Mediapro bagi mendapatkan butiran dan data penting mengenai teknologi itu yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa.
Hawk-Eye Innovations dan Mediapro bukan lagi nama asing dalam teknologi VAR apabila kepakaran mereka digunakan dalam kancah saingan liga Eropah dan kejohanan peringkat benua.
Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff berkata FAM menunggu kata putus daripada Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) untuk menghantar skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan berlatih selama sebulan di sana sebagai persediaan menghadapi Piala Asia B-17 2023 yang dijadual berlangsung pada Mei.
Selain itu katanya Jawatankuasa Eksekutif FAM turut bersetuju melantik Soleen Al-Zou'bi dari Jordan sebagai Ketua Jurulatih skuad wanita kebangsaan yang baharu berkuat kuasa Disember ini menggantikan Jacob Joseph, sementara Noor Zaidi Rohmat sebagai pengendali baharu Skuad Projek FAM-MSN menggantikan Hassan Sazali Waras.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022

MOHD YUSOFF: Setakat ini, semua Exco bersetuju untuk kita gunakan VAR bagi kedua-dua kejohanan itu dan perkara ini bergantung kepada Jawatankuasa Teknikal FAM. - Facebook FAM
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jerman uji sistem pengumuman pengadil bola sepak di stadium
Skim Pengumuman Awam melalui sistem siaraya itu bertujuan meningkatkan ketelusan selepas campur tangan VAR.

80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan
Hampir semua pengurus pasukan EPL menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan VAR menggunakan mikrofon untuk makluman peminat.

Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.

EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.

Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.

FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.

Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.

Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.