Di sebalik itu, hampir semua pengurus pasukan EPL sedang menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan video bantuan pengadil (VAR) menggunakan mikrofon untuk diterangkan kepada peminat tempatan yang hadir ke Stadium.
Hal ini kerana, masa permainan akan menjadi lebih panjang dan akan merencatkan prestasi pasukan selain masa tambahan juga akan menjadi lama.
Penonton boleh melihat kepada skrin dan video tanyangan semula mengenai insiden berkaitan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut ketika permainan sedang berlangsung.
Dalam masa sama, teknologi ofsaid separa automatik akan diperkenalkan bagi memudahkan pengandil membantu melancarkan perlawanan tanpa sebarang kontroversi.