KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas di sini setelah proses latihan, pengurusan dan teknikal diselesaikan selepas Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam berkata perkara itu direalisasi hasil kesediaan kerajaan Sabah melabur untuk pemasangan Sistem Goal Sport di Stadium Likas di sini, bagaimanapun beliau tidak menyebut jumlah pelaburan tersebut.
Beliau berkata pada masa ini Liga Malaysia mengguna pakai Sistem Keterlihatan Dipertingkat (EVS) mudah alih dengan empat trak mudah alih dalam perlawanan liga itu di Semenanjung dan perlawanan di Stadium Likas buat masa ini juga menggunakan sistem VAR jenis EVS.
Katanya VAR yang disediakan di Stadium Likas adalah daripada sistem Goal Sport dibezakan dengan EVS berdasarkan teknologi tertentu dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) secara dasarnya tidak mempunyai halangan untuk Liga Malaysia menggunakan dua sistem VAR berbeza.
"Sistem (VAR) yang digunakan hari ini untuk (Liga Super) Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas adalah sistem yang dibawa dari Semenanjung iaitu EVS yang digunakan MFL ketika ini. Sistem Goal Sport di Stadium Likas kita guna selepas Jun nanti.
"Dalam bulan 6, 9 dan 10 ketika FIFA window nanti kita boleh jalankan latihan pengadil untuk gunakan dua sistem ini selain adakan mesyuarat penyelarasan dan latihan lain sama ada di Sabah atau Kuala Lumpur. Timeline kita guna (sistem Goal Sport) dalam Liga Malaysia tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan MFL dengan Lembaga Sukan Sabah di sini pada Ahad.
Stuart berkata beliau pihaknya juga telah bermesyuarat bersama pegawai FIFA di Kuala Lumpur pada April lalu mengenai penggunaan dua sistem VAR itu dalam Liga Malaysia, yang turut disertai kontraktor penyedia sistem tersebut.
"Sistem Goal Sport telah digunakan seluruh dunia. Tidak boleh sesuka hati beli dan pasang, sistem dipasang di Sabah dibeli juga dipasang vendor rasmi daripada FIFA dan telah ditauliahkan.
"Kami berharap perkara ini dilihat secara positif disebabkan dalam kelayakan Sabah ke kejohanan Piala AFC yang lalu juga menunjukkan banyak penambahbaikan di peringkat tempatan dari segi fasiliti dalam stadium, ruang penonton dan juga skrin gergasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Stuart berkata perkara itu direalisasi hasil kesediaan kerajaan Sabah melabur untuk pemasangan Sistem Goal Sport di Stadium Likas. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).

Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.

Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.

FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.

FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.

Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.

Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.