PETALING JAYA: Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan bertanding dalam Liga M3 musim 2023 supaya menetapkan harga siling pemain bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.
Beliau berkata barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan serta perlu berbelanja mengikut kemampuan kelab.
"Kita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain.
"Kita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3. Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd, di sini semalam.
Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim 2023 yang sudah dinaik taraf menjadi liga separuh profesional dijangka bermula Februari depan.
Kejohanan berkenaan akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam saingan Liga Super 2024.
Mohd Yusoff turut memaklumkan rundingan mengenai proses status kewangan bersama dua pasukan lain yang berminat menyertai Liga M3 sedang berjalan dan keputusannya hanya akan diketahui dalam minggu pertama Januari depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Mohd Yusoff (dua, kiri) dan Pengarah Melaka Privilege Sdn Bhd Syukree Aziz (dua, kanan) memegang dokumen perjanjian penajaan liga AFL Melaka Privilege Sdn Bhd di Wisma FAM, Kuala Lumpur, 29 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
AFL nasihat pasukan tetap harga siling pemain Liga M3
Beliau berkata barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan.
AFL menaruh harapan Liga M3 diberi 'lampu hijau' untuk beraksi
Untuk memastikan proses penyingkiran dan promosi pasukan antara Liga Premier dan Liga M3 tidak terganggu, buat tahun kedua berturut-turut.