KUALA LUMPUR: Selepas terpaksa ditunda sebanyak dua kali musim ini, Liga Bola Sepak Amatur (AFL), masih berharap saingan Liga M3 dapat dijalankan selewat-lewatnya pada Oktober, demi kelangsungan liga itu yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.
Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, antara sebab utama saingan itu perlu dijalankan, untuk memastikan proses penyingkiran dan promosi pasukan antara Liga Premier dan Liga M3 tidak terganggu, buat tahun kedua berturut-turut.
Beliau berkata, kemungkinan besar tiada pasukan dari Liga M3 akan dipromosikan ke Liga Premier musim depan, serta tiada pasukan dari Liga Premier akan disingkirkan ke Liga M3 jika saingan musim ini turut dibatalkan.
"Keduanya untuk memastikan kelangsungan itu ada, kalau kita dapat jalankan saingan musim ini untuk tahun depan, kita ada gambaran (mengendalikan saingan liga) yang lebih jelas," katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Bernama.
"Kita (AFL) juga perlu penaja untuk bersama-sama menjayakan liga ini, jika (Liga M3) musim ini tidak dapat dilangsungkan, ia mungkin memberi maksud tidak baik sekali gus menyukarkan kita untuk dapatkan penaja, pada masa hadapan," katanya.
Sebanyak 20 pasukan antaranya Armed Forces FC, Real Chukai FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Langkawi City FC, Kuala Kangsar FC, Kinabalu Jaguar FC dan Imigresen FC, sah mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim ini, yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata AFL sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang diperlukan, selain mempunyai beberapa perancangan dan pilihan termasuk akan mengubah format liga sekiranya perlu.
"Liga M3 ini dimainkan di padang terbuka, jadi untuk dapatkan kelulusan mungkin ada beberapa perkara yang perlu diteliti. Walaupun kita (AFL) masih bercadang untuk meneruskan tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan," katanya.
Februari lepas, AFL mengesahkan saingan Liga M3 yang pada asalnya dijadual bermula pada Mac, dipinda ke Jun susulan situasi semasa pandemik COVID-19, sebelum sekali lagi terpaksa ditunda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Saingan Liga M3 musim lepas turut berdepan nasib sama, apabila dibatalkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat, susulan penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Mohd Yusoff berkata, kemungkinan besar tiada pasukan dari Liga M3 akan dipromosikan ke Liga Premier musim depan, serta tiada pasukan dari Liga Premier akan disingkirkan ke Liga M3 jika saingan musim ini turut dibatalkan. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
Pemain sayap itu merupakan sebahagian skuad bimbingan Sir Alf Ramsey yang menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah England.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
"Saya tidak cukup bagus" - Guardiola
Guardiola yang menyaksikan City mencipta 10 peluang percaya dia bukanlah orang yang tepat untuk memimpin City berdasarkan kemerosotan mereka baru-baru ini.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.