India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
Bundesliga berusaha mencontohi kejayaan perkhidmatan NFL dan NBA Pass yang telah berjaya untuk Bola Sepak Amerika dan bola keranjang di Amerika Utara.
Penonton di Afrika Selatan dan Vietnam akan dapat membeli pas musim atau membayar untuk perlawanan individu.
Perjanjian itu adalah sebahagian daripada kerjasama dengan kumpulan media OneFootball.
"Landskap media dan tingkah laku penggunaan media oleh peminat telah berubah.
"Perkongsian ini dan tawaran baharu ini adalah langkah penting untuk menjangkau peminat bola sepak di seluruh dunia," kata ketua DFL Marc Lenz dalam satu kenyataan pada Selasa.
-- BERNAMA-dpa