PENGANJURAN Kejohanan Cub Prix yang dijadual berlangsung pada bulan depan menghadapi beberapa isu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Pengarah Safe AIM Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg, bakal mengadakan pertemuan bersama Persatuan Permotoran Malaysia (PPM) bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi mereka sebelum mengemukakan permohonan semula penganjuran kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Ujian RDK (calitan COVID-19) merupakan satu isu bagi kami.

"Yang kedua, kami juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi bagaimana pasukan yang terdiri daripada seramai 800 orang akan ditempatkan di satu hotel, ia menjadi satu masalah yang besar," kata  Hogg, kepada wakil Astro Arena, Muiz Aziz.

 
 
Tambahnya, penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka bergantung kepada pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan tamat Khamis ini.

"Kami tidak pasti selepas 18 Februari ini, apakah PKP akan berubah dan jika ia, apa yang terjadi dengan SOP sedia ada pada masa akang datang.

"Kami perlukan penjelasan yang lebih terperinci."