SEPANG: Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia meletakkan harapan beberapa pusingan perlumbaan dapat dianjurkan di litar bukan tetap apabila Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini.
Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata bagi dua musim lepas, perlumbaan hanya dibenarkan di litar tetap iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Litar Tangkak, Johor dan Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Beliau berkata buat masa ini antara kelemahan dikenal pasti pihaknya adalah kekurangan litar tetap di Malaysia yang menyebabkan kesukaran untuk menganjurkan perlumbaan di kawasan lain, terutamanya di zon utara dan timur Semenanjung.
"Kami memang ingin untuk menganjurkan beberapa pusingan Cub Prix, bukan semua, mungkin dua atau tiga di litar bukan tetap. Kalau boleh pada Fasa Peralihan ke Endemik ini, kita mahu kembali anjurkan perlumbaan seperti dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kejuaraan Cub Prix musim 2022 di SIC, di sini semalam.
Ron turut berharap kanak-kanak turut dibenarkan hadir bersama ibu bapa mereka untuk menyaksikan perlumbaan selepas 1 April, memandangkan penonton menghadapi kesukaran untuk hadir tanpa anak-anak.
Beliau berkata apabila SOP kehadiran dilonggarkan sepenuhnya, ia akan memberikan impak besar kepada aktiviti ekonomi, bukan sahaja bagi industri sukan permotoran, malah turut bagi industri pelancongan sukan di kawasan perlumbaan kerana penonton sanggup hadir daripada radius 150 kilometer dari venue perlumbaan.
"Contohnya apabila kita menganjurkan perlumbaan di Batu Kawan (Pulau Pinang) dulu, penonton datang dari Perlis, Kedah, Taiping dan Ipoh. Sejak dua tahun ini, kita tidak membuat apa-apa roadshow dan promosi, jadi kita sangat menantikan kehadiran penonton tanpa had kerana sukan ini tidak bermakna tanpa peminat.
"Apabila penonton hadir, suasananya akan berbeza. Dari segi pelancongan sukan, komuniti Cub Prix ini sendiri agak besar. Sebelum pandemik, kita ada kira-kira 1,400 orang, termasuk pelumba, penganjur dan kru yang melawat kawasan perlumbaan, sekali gus membantu menjana ekonomi tempatan," katanya.
Menurut Ron, kehadiran penonton ke perlumbaan Cub Prix sebelum pandemik bergantung kepada lokasi, yang biasanya sekitar 20,000 hingga 30,000 orang bagi satu minggu perlumbaan.
Beliau berkata buat masa ini, jumlah kru bagi satu-satu perlumbaan masih dihadkan, tetapi akan dilonggarkan selepas menerima kemas kini SOP terbaharu daripada kerajaan bagi Fasa Peralihan ke Endemik nanti.
Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini, yang bakal menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor dan pembukaan sepenuhnya sempadan negara.
Sementara itu, musim ke-29 Kejuaraan Cub Prix Malaysia, membuka tirai dengan pusingan pertama di SIC Utara bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Musim ke-29 Kejuaraan Cub Prix Malaysia membuka tirai dengan pusingan pertama di SIC Utara bermula hari ini. - Foto Facebook Malaysian Cub Prix

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penganjur harap perlumbaan Cub Prix diperluas ke litar lain
Bagi dua musim lepas, perlumbaan hanya dibenarkan di litar tetap iaitu SIC, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.

Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini
Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan.

Penganjur Cub Prix hadapi masalah konsep gelembung sukan
Penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka juga bergantung kepada pelanjutan PKP yang dijadualkan tamat Khamis ini.

TWMR beri jaminan keputusan adil
Hala tuju untuk ARRC kini bergantung kepada polisi pintu sempadan setiap negara yang terlibat kerana rata-ratanya ditutup untuk mengekang pandemik Covid-19.