Penganjur Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC), Two Wheel Motor Racing (TWMR), sudah mempunyai pelan sokongan untuk meneruskan perlumbaan kembali dan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenangnya menamakan sebarang juara musim ini.
Hala tuju untuk ARRC kini bergantung kepada polisi pintu sempadan setiap negara yang terlibat kerana rata-ratanya ditutup untuk mengekang pandemik COVID-19.
Pelan sokongan yang dirangka TWMR kini adalah cuba menganjurkan empat pusingan sahaja daripada enam saingan yang berbaki dengan dua pusingan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang dan dua lagi di Litar Chang Buriram, Thailand.
Namun, jika kesemuanya tetap tidak dapat dijalankan, penganjur berjanji tiada pemenang akan diumumkan bagi semua kategori.
"Kami juga membuat keputusan untuk menjalankan perlumbaan secara berturut-turut dalam tempoh dua minggu agar dapat mempercepatkan musim ini.
"Namun, kami masih menunggu kerana di dalam Asia, masih ada negara yang terlibat," ujar Pengarah Urusan TWMR, Ron Hogg.
Bagaimanapun, mereka memberi bayangan terdapat sinar positif untuk saingan tempatan, Cub Prix, untuk kembali dianjurkan.
"Saya rasa kami telah membuat satu ujia prosedur operasi standard (SOP) pada minggu lalu di Sepang, di mana saya rasa ia memastikan semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan barisan pelumba untuk faham cara perlumbaan akan dianjurkan selepas ini.
"Saya yakin sukan tanpa kontak akan diberi kebenaran oleh kerajaan dalam masa terdekat."
Astro Arena
Mon Jun 29 2020

TWMR memberi bayangan terdapat sinar positif untuk saingan tempatan, Cub Prix, untuk kembali dianjurkan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TWMR beri jaminan keputusan adil
Hala tuju untuk ARRC kini bergantung kepada polisi pintu sempadan setiap negara yang terlibat kerana rata-ratanya ditutup untuk mengekang pandemik Covid-19.