KEHANGATAN Petronas MAM Malaysian Cub Prix diteruskan dengan ngauman Firdaus Hamdan dalam sesi kelayakan pusingan kelima, selepas mencatat masa terpantas 1 minit 19.625 saat, meninggalkan pencabar terdekat Md Izam Ikmal dan Md Syamil Amsyar.
"Saya tidak boleh terlampau gembira dalam perlumbaan kali ini, kerana isteri saya dalam minggu ini kemungkinan bersalin, perkara ini mengambil separuh semangat saya.
"Bagaimanapun, saya akan cuba usaha untuk meraih kemenangan esok dan berikan hadiah buat anak-anak saya," kata Firdaus Hamdan.
Dalam pada itu, doa ibu bapa mengiringi kejayaan Farres Putra dalam kategori Wira KBS apabila berjaya mengungguli saingan dengan mencatat masa terpantas 1 minit 22.278 saat sekali gus mengenepikan pesaing terdekat Md Adib Arsyad yang berada di hadapan pada sesi kelayakan di Litar Stadium Mini Teluk Intan.
"Masa terpantas hari ini tiada rahsia dan ini semua rezeki dan doa ibu bapa saya, juga bantuan daripada pasukan saya iaitu Petronas Sprinta yang bantu membantu saya dalam musim kali ini," kata Farres Putra.
Sementara, durian runtuh menanti Azroy Hakeem Anuar daripada pasukan Honda Estremo Yuzy Racing setelah berjaya mencatat masa terpantas 1 minit 14. 460 saat dalam kategori CP150, meninggalkan Md Akid Aziz dan Afif Amran.
Astro Arena
Sat Jul 20 2024

Firdaus Hamdan. - Foto Malaysian Cub Prix
Agong tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas pada Khamis.
DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan Bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.
Sidang Parlimen: Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kesihatan: Kanak-kanak maut akibat campak, kes pertama di A.S dalam sedekad
Seorang kanak-kanak di Texas Barat, meninggal dunia akibat campak, menjadikannya kematian pertama akibat penyakit berjangkit itu di Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.
Konflik di Ukraine: Trump sahkan Zelensky lawat A.S tandatangani perjanjian mineral
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy akan melawat Washington pada Jumaat bagi menandatangani perjanjian berkaitan mineral nadir bumi.
Politik Lubnan: Kerajaan baharu Lubnan menang undi percaya di Parlimen
Kerajaan baharu Lubnan memenangi undi percaya di parlimen, pada Rabu.

KLTA seru kerjasama industri lebih kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Presiden KLTA Syed Azhar Syed Nadzir berkata kerjasama itu penting dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.
Isu Gaza: Pembangunan semula Gaza perlu kestabilan politik
Penasihat diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash, menegaskan bahawa pelan pembinaan semula Gaza tidak boleh direalisasikan tanpa adanya laluan yang jelas ke arah penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin.

Cub Prix: Firdaus Hamdan, Farres Putra, Azroy Hakeem dominasi catatan masa terpantas
Firdaus Hamdan mencatat masa terpantas 1 minit 19.625 saat, meninggalkan pencabar terdekat Md Izam Ikmal dan Md Syamil Amsyar.