PUTRAJAYA: Sukan badminton mendominasi senarai atlet dalam program 'Road to Gold' (RTG) yang dilaksanakan bagi memburu emas sulung negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata daripada senarai keseluruhan 15 atlet terpilih dalam program RTG, 11 daripadanya melibatkan sukan badminton iaitu pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah.
Hannah berkata turut tersenarai adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Katanya baki senarai calon atlet terlibat adalah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua wakil sukan terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
Menurut Hannah mesyuarat pertama jawatankuasa RTG semalam mengenal pasti dua kriteria utama bagi atlet berpotensi menyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik 2024 iaitu pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia.
Menurut Hannah Jawatankuasa RTG wajar memberi pertimbangan kepada atlet podium sedia ada yang menunjukkan peningkatan pencapaian cemerlang untuk menyertai program tersebut dan tiada kuota ditetapkan untuk senarai atlet.
Beliau berkata ini kerana RTG akan turut diteruskan bagi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Senarai atlet dijangka berubah apabila kejohanan kelayakan ke Paris 2024 bermula dan tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa RTG serta semakan semula mahupun pemantauan berkala," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hannah berkata penyelaras RTG Stuart Ramalingam berserta tiga legenda sukan tanah air yang juga ahli jawatankuasa program iaitu Datuk Nicol David (skuasy) Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Mirnawan Nawawi (hoki) akan bertemu atlet terlibat dan jurulatih mereka dalam masa sebulan.
Katanya pertemuan tersebut bertujuan mendengar keperluan tambahan diperlukan para atlet selain mendapatkan persetujuan serta komitmen mereka mengikuti program tersebut.
Ditanya apakah bentuk bantuan diberikan kepada atlet terlibat dalam RTG, Hannah menjelaskan keperluan setiap atlet termasuk dana diperlukan adalah berbeza.
Beliau juga berkata anggaran perbelanjaan RTG hanya boleh ditentukan selepas pertemuan bersama semua atlet terlibat dan akan diumumkan selepas dikemas kini serta dipersetujui oleh jawatankuasa program.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada had ditetapkan bagi perbelanjaan program berkenaan buat masa ini.
Dalam pada itu, Hannah berkata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Aziz dan bekas pelumba berbasikal trek negara Josiah Ng dilantik sebagai pembantu teknikal kepada Stuart.
Katanya program RTG juga akan menggunakan dashboard Institut Sukan Negara (ISN) yang menggunakan Athlete Management System (AMS) untuk menganalisis prestasi dan gaya hidup atlet terlibat.
Sementara itu, Stuart percaya Dr Ramlan dan Josiah dapat membantu jawatankuasa RTG terutamanya dalam berkongsi aspek teknikal atlet memandangkan kedua-dua mereka berpengalaman luas dalam bidang sukan sebelum ini.
Mengenai proses pemantauan atlet termasuk empat wakil profesional badminton negara, Stuart berkata kesemuanya akan dilakukan jawatankuasa RTG selepas atlet terlibat memaklumkan keperluan diperlukan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
![Olimpik Paris: Badminton dominasi senarai atlet program 'Road to Gold' Olimpik Paris: Badminton dominasi senarai atlet program 'Road to Gold'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680841919_Badminton.jpg)
Dua kriteria utama bagi atlet berpotensi menyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik 2024 iaitu pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia. - Fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723367719_TBSTADEDEFRANCE.jpg)
Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France
Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.
![Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723304665_TBAzizulhasni.jpg)
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.
![Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723298203_TBTamiratTola.jpg)
Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.
![Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723295144_AniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
![Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723037492_NurulIzzahIzzatiM.jpg)
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
![Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722700704_TBOLIMPIK.jpg)
Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya
Atlet India yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 telah mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik.
![Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722696406_TBIMANE.jpg)
Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC
IOC meluluskan penyertaan Iman Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023.
![Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722677682_TBParis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Hujan baru-baru ini menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan.
!['Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai 'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722607670_YusufDike.jpg)
'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
![Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722071383_TBSakuraYosozumi.jpg)
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.