PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria, bakal dilantik sebagai naib presiden bagi Asia Tenggara dalam Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di New Delhi, India pada 8 September depan.
Dengan tiada lawan lain dalam pemilihan itu, Norza akan mencipta sejarah sebagai warga Malaysia kedua memegang jawatan berprestij berkenaan dalam tempoh empat dekad ini.
Perhimpunan Agung OCA akan menjalankan pemilihan untuk lembaga eksekutifnya bagi penggal 2024-2028, termasuk seorang presiden, lima naib presiden mewakili lima zon, lima ahli dari setiap zon berlainan jantina kepada naib presiden masing-masing, dan dua wakil dari Jawatankuasa Atlet OCA.
Selain itu, 15 pengerusi jawatankuasa tetap berkanun akan dipilih.
Norza, yang dicalonkan oleh Malaysia pada 12 Julai lalu, menerima sokongan sebulat suara daripada 10 Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Asia Tenggara yang lain, iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam.
“Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk dicalonkan sebagai calon tunggal bagi jawatan naib presiden OCA bagi Zon Asia Tenggara.
“Saya turut berbangga menjadi orang kedua dari Malaysia, selepas Tan Sri Hamzah (Abu Samah), yang dipilih sebagai naib presiden OCA selepas hampir empat dekad,” katanya dalam satu kenyataan.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed Jul 24 2024

Norza, yang dicalonkan oleh Malaysia, menerima sokongan sebulat suara daripada 10 Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Asia Tenggara yang lain. - Foto Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, bakal dilantik sebagai naib presiden bagi Asia Tenggara dalam Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di New Delhi, India.

Norza umum letak jawatan selepas Olimpik
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Norza kekal terajui BAM sehingga 2025
Tan Sri Norza Zakaria mengambil keputusan untuk kembali kekal menerajui BAM sebagai Presiden.

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.

Sukan Komanwel: Sasaran enam emas bukan jalan selamat - MOM
Sasaran tersebut merupakan pendekatan realistik berdasarkan prestasi semasa barisan atlet negara.

BAM akan bantu Kisona baiki prestasi diri - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.

Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium.

Badminton Terbuka Malaysia: Reezal Merican sedia bantu BAM jika perlu
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjanji untuk membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam penganjuran kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.