PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan bekas Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham dan bersedia menawarkan jurulatih legenda itu untuk kembali berkhidmat sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini.
Misbun, dalam satu sidang media di ibu negara kelmarin, menafikan bahawa dia meninggalkan jawatan itu atas dasar persetujuan bersama dengan BAM, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua pihak itu.
Selain itu, Misbun turut meluahkan rasa terkilannya kerana keputusan berkenaan hanya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, dan bukannya Norza.
Norza, dalam satu sidang media di ABM hari ini, mengakui kemelut berkenaan mungkin disebabkan oleh salah faham yang berlaku di antara pihaknya dan Misbun, di mana BAM bersedia untuk menawarkan jurulatih itu kembali berkhidmat sehingga kontraknya tamat atau isu berkenaan boleh di bawa ke meja rundingan untuk diselesaikan secara baik.
"Apabila 'task force' membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Misbun, saya dimaklumkan oleh pengerusinya bahawa Datuk Misbun telah menerima keputusan itu," kata Norza dalam sidang media itu.
"Jadi saya menilai bahawa Datuk Misbun sudah bersetuju dengan perkara itu dan Datuk Misbun juga ada menghubungi saya pada 26 Julai, jam 4.59 petang dan perkara itu sama seperti apa yang Datuk Subra katakan.
"Jika pada ketika dan saat itu, Datuk Misbun tidak bersetuju, saya tentu akan berjumpa dengannya.
"Saya boleh katakan yang saya memiliki hubungan istimewa dengannya. Saya tidak akan hilang hormat kepadanya sebagai seorang legenda, itu perkara terakhir yang mahu saya lakukan.
"Tetapi kerana (salah faham) komunikasi yang berlaku ini, dia selepas dua hari telah meluahkan (kekecewaannya).
"Jika dia terkilan kerana proses komunikasi ini, saya minta maaf bagi pihak diri saya dan BAM kerana bagi kami, kita adalah sebuah keluarga besar dan tidak perlu permusuhan seperti ini," katanya.
Mengulas lanjut, Norza berkata: "Kami berasakan perlu ada satu penyelesaian bagi kemelut ini.
"Saya, mengambil tanggungjawab sebagai presiden BAM, memberi tawaran kepada Datuk Misbun untuk menghabiskan kontraknya sehingga hujung tahun ini -- untuk dia memimpin skuad Kejohanan Remaja Dunia kita ke Amerika Syarikat.
"Sekiranya dia tidak berminat, dia boleh berjumpa dengan kami dan 'task force' untuk menyelesaikannya secara baik kerana kami tidak mahu ada sebarang masalah, kami tidak mahu ada pihak yang rasa mereka teraniaya atau dipinggirkan." -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed Aug 02 2023

Norza (kiri) mengakui kemelut berkenaan mungkin disebabkan oleh salah faham yang berlaku di antara pihaknya dan Misbun (kanan).- Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hidup sihat, inovatif bersama Misbun, Jailani Sidek dengan Destina1 International
Dua legenda kongsi cara pertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk -Uniwave by Quantes Technology."

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.

ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.

Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.

Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.

Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.

Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.