LEGENDA badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek bekerjasama dengan syarikat tempatan, Destina1 International bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan inovatif di seluruh negara.

Kolaborasi tersebut menjadi wadah untuk dua ikon sukan tanah air itu berkongsi cara mempertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk “Uniwave by Quantes Technology.”

Kata Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Destina1 International, Datuk Seri Dr Barani Karunakaran, produk-produk yang ditawarkan dapat menjadi salah satu ikhtiar untuk menangani pelbagai masalah kesihatan yang didepani rakyat Malaysia.

"Kedua-dua legenda badminton secara peribadi mengalami peningkatan yang ketara dalam tahap kesihatan secara keseluruhan dan prestasi sukan mereka melalui penggunaan produk Destina1.

"Oleh itu, kami bawakan “Program Kesedaran Kesihatan dan Program Jelajah Malaysia bersama The Sidek’s” untuk mereka berkongsi pandangan tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan serta manfaat-manfaat kesihatan yang mereka nikmati dengan menggunakan produk Destina1."

Maklumnya, program tersebut turut dibawakan secara langsung setiap minggu kepada orang ramai melalui platform media sosial rasmi Destina 1 International seperti di TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube di mana Misbun dan Jalani akan berkongsi petua kesihatan bersama penonton.

Ujar Dr Barani lagi, inisiatif ini juga akan diperluas ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.

"Kami nak bantu masyarakat dengan penyelesaian kesihatan komprehensif, membimbing mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat melalui penggunaan produk-produk berteknologi yang inovatif.

"Destina1 juga akan memperkenalkan rangkaian produk The Sidek's termasuk gelang Uniwave yang dihasilkan oleh Kritalia & Co, barang kemas eksklusif buatan Itali.”

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan dua legenda sukan tanah air itu dengan menyertai program ini di platform TikTok, Facebook, dan Instagram rasmi Destina 1.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.destina1.com atau e-mel kepada support@destina1global.com, juga boleh hubungi talian +6011 10261789/+6019 4033354, atau sertai Program Live kami.